Baru-baru ini, viral di media sosial apabila seorang individu mendakwa dirinya sudah tiga bulan tidak menerima gaji daripada stesen televisyen milik seorang pengacara popular berstatus Datuk.
Artikel Berkaitan: Stesen Televisyen Milik Pengacara Popular Berstatus Datuk Didakwa Tak Bayar Caruman Perkeso Pekerja? – ‘Gaji Pun Tertunggak’
Artikel Berkaitan: Seorang Lagi Individu Tampil Dakwa Stesen TV Milik Pengacara Terkenal Culas Bayar Tiga Bulan Gaji – ‘Mohon Semua Untuk Viralkan’
Terbaru, pelakon dan pengacara popular, Datuk AC Mizal telah tampil menjawab dan memberi kenyataan berhubung isu tersebut.
Tidak benar dan fitnah
Menurut AC, dia terpanggil untuk menjawab kenyataan fitnah dan tohmahan tesebut bagi mengelakkan salah faham dan fitnah. Ujar AC, isu Suke TV tidak membayar tiga bulan gaji kepada individu tersebut adalah tidak benar dan fitnah semata-mata.
Assalamualaikum semua. Saya AC Mizal terpanggil untuk menjawab kenyataan fitnah dan tohmahan yang tular di media sosial oleh beberapa individu yang tidak bertanggungjawab.
Sepatutnya saya tak perlu balas dan jawab kenyataan yang tular tetapi memandangkan ramai yang tahu dan bertanya mengenai isu ini, untuk mengelak salah faham dan fitnah saya perlu jelaskan isu ini.
Berbicara lebih lanjut, AC memberitahu dia menyerahkan kepada peguam dan mahkamah untuk memutuskan siapa yang salah dan betul.
Oleh itu, biar mahkamah yang putuskan salah betul masing-masing. Cuma saya nak nyatakan kenyataan fitnah tersebut disebarkan oleh bekas staf yang antaranya telah ditamatkan perkhidmatan mereka oleh syarikat kerana didapati melanggar syarat perkhidmatan dengan syarikat.
Jelas AC lagi, pihaknya mempunyai bukti dan mereka tidak mahu mencanang isu ini kepada umum.
Kami mempunyai semua bukti tetapi kami tak akan canang dekat umum. Tindakan seterusnya, saya serah dekat proses undang-undang mahkamah dan keadilan negara kita. Mohon fikir secara tenang dan henti sebar fitnah yang tak berasas.
Pihak saya dan Suke Tv sentiasa terbuka untuk berbincang dengan mana-mana pihak sekiranya ada isu. Asal guna saluran yang betul. Jangan salah guna sosial media untuk kepetingan yang tertentu. Terima kasih.
@ohbulanofficial Replying to @ZL7 AC Mizal dah beri penerangan tentang isu ini ?#ohbulan #fyp #news #suketv #acmizal #tak #bayar #pekerja #3bulan ? original sound – OHBULAN!
Sumber: AC Mizal