berita

[VIDEO] Achey Tersentuh Ayah Dendangkan Lagu ‘Madah Pujangga’ Sewaktu Dalam Kereta

February 4th, 2020 | by Amirul Asraf
Video Popular

Perasaan sebak jelas terpancar di wajah pelawak terkenal, Achey sebaik sahaja abah tercinta menyanyikan sebuah lagu yang berjudul Madah Pujangga. Menerusi Instagram, Achey sempat merakam momen tersebut ketika mereka berdua sedang berada di dalam kereta.

Giliran saya jaga abah

https://www.instagram.com/p/B8BWvlMAz3t/

Menurut Achey, pada mulanya dia ingin mendedikasikan sebuah lagu buat ayahnya iaitu Hamzah Salam. Namun, dia sempat bertanya dahulu mengenai lagu kegemaran ayahnya sebelum menyanyikan lagu tersebut. Lagu Madah Pujangga nyanyian asal P.Ramlee menjadi lagu kegemaran ayah Achey dan dalam video yang dikongsikan, ayah Achey sendiri yang menyanyikan lagu tersebut.

Achey turut kelihatan tersentuh dan sebak semasa ayahnya menyayikan lagu itu. Tambahnya, sebelum ini dia sering melayan permintaan orang ramai untuk menyanyi apa jua jenis lagu dan tidak sangka ayahnya pula yang menyanyikan lagu untuknya.

Rindu arwah ayah

Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen dan rakan artis mengakui bahawa mereka turut tersentuh. Sesetengah netizen turut menyatakan rasa rindu terhadap arwah ayah mereka yang telah tiada selain mendoakan kesihatan bapa pelawak itu.

Sumber: Achey

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×