Personaliti media sosial, Ameera Khan mendedahkan sudah menonton filem Jakarta vs Everybody yang memaparkan adegan eksplisit teman lelakinya, pelakon Indonesia Jefri Nichol.
Artikel Berkaitan: Ameera Khan ‘Terbang’ Ke Jakarta, Kongsi Momen Makan Bersama Jefri Nichol – ‘So Happy To Be Back’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ibu Ameera Khan Nasihat Netizen Jangan Mudah Menilai Orang – ‘Allah Sahaja Yang Boleh Menghukum Manusia’
Pernah tengok
@_inc3s #littlemisskhan #jefrinichol #ameerakhan #fyp #fypage #masukberanda #bucin #indonesia
Menerusi siaran langsung (live) di Instagram, Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan berkata dia tidak mempunyai masalah untuk menonton filem eksplisit itu.
Pernah, banyak. Saya menonton (filem) Jakarta vs Everybody dengan dia (Jefri) tetapi apabila saya melihat adegan tertentu, Jefri tidak bagi saya untuk teruskan menonton.
Tetapi saya sudah tengok pun filem tersebut sebab filem itu ada di mana-mana.
Tapi tidak mengapa, saya okay sahaja.
Adik kepada selebriti Neelofa itu menjawab pertanyaan tersebut selepas ditanya beberapa kali oleh warganet dalam live.
‘Netizen yang tak okay’
Kata Ameera meskipun warga maya tidak selesa untuk menonton filem tersebut kerana terdapat adegan tertentu, tetapi dia masih okay untuk melihatnya.
Sebelum ini, tular di media sosial memaparkan kemesraan Ameera dan Jefri hingga meraih perhatian rakyat Malaysia dan juga di Indonesia.
Teka-teki tercetus selepas Ameera dilihat ‘terbang’ ke Jakarta untuk bertemu dengan pelakon berusia 27 tahun itu.
Sumber: TikTok