Pelakon Lufya Omar, mendedahkan bahawa bekas suaminya Dr Che Hafiz bertindak menyekat nombor telefon anak mereka sehingga sukar untuk berkomunikasi.
Artikel Berkaitan: Suami Julia Farhana Didakwa Lari Dari Bayar Hutang Sebanyak RM150,000?
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dr Che Hafiz Terkejut Lufya Omar Tuntut Mut’ah RM1 Juta
Artikel Berkaitan: Netizen Puji Bersalam Dengan Lufya Omar, Julia Farhana Enggan Bermusuh – ‘Tak Ada Masalah Untuk Bincang Di Luar Mahkamah’
Persiapan raya anak
Menerusi temu bual Melodi, Lufya ketika diajukan soalan tentang persiapan raya untuk anak daripada bekas suami, pelakon itu sambil mengeluh berkata dia tidak ingin membesarkan isu yang sedia dan hanya mahu menyelesaikannya di mahkamah.
Awak tengok ada dia muat naik gambar anak?
Boleh tak saya tak nak komen? Sebab orang dah faham kenapa Lufya kena naik turun mahkamah kan? Jadi saya rasa orang dekat luar pun dah faham. Saya pun tak nak buka cerita kepada umum melainkan nak selesaikan segala-galanya dekat mahkamah kerana lebih baik.
Nombor anak disekat
Dalam pada itu, pelakon berusia 38 tahun ini turut mendedahkan bahawa bekas suaminya telah menyekat nombor telefon anak perempuan mereka.
Apa yang boleh saya cakap ialah, tidak ada apa-apa kebaikan yang berlaku selepas itu. Maksudnya dari segi apa yang netizen nampak di luar sana adalah hanya macam… mungkin orang sudah faham.
Telefon anak saya pun telah disekat jadi macam mana nak berkomunikasi?
Aktres ini juga menjelaskan bahawa segala tindakan yang diambil olehnya adalah untuk menuntut hak terutama untuk anaknya dengan menggunakan saluran yang betul.
Kadang-kadang orang tak faham, bukan saya sengaja nak besar-besarkan sesuatu perkara. Orang tanya kenapa dah empat tahun baru nak tuntut itu, tuntut ini sebenarnya prosesnya makan masa yang panjang dan banyak sebab.
Bila kami difitnah dan gunakan nama-nama kami, itu yang tak sedap tu. Bila ada kenyataan-kenyataan yang tidak sedap didengar dan negatif kepada saya dan juga anak, itu yang menyebabkan saya perlu buat sesuatu. Tapi kita jangan guna media sosial, kita gunakan cara yang betul.
Sementara itu, pemilik nama Lutfyah Sheikh Omar ini berkata tuntutan mutaah RM1 juta yang dibuat sebelum ini adalah semata-mata untuk maruahnya dan perancangan masa depan anak tunggalnya.
Harapan saya yang pertama adalah saya dapat tebus maruah saya sebenarnya. Maruah lebih penting dari segalanya.
Kalau orang tanya kenapa saya mintak RM 1 juta, itu sebenarnya bukan nilai saya, nilai saya lebih daripada itu. Cuma yang saya buat ini untuk maruah saya penghormatan saya dan juga sudah semestinya saya nak merancang masa depan saya dan anak.
Untuk rekod, Lufya berkahwin dengan Dr Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan Laana Haura yang berusia lima tahun. Namun bercerai pada pada 17 Jun 2020.
Bekas suaminya berkahwin buat kali kedua bersama pelakon Julia Farhana pada 14 Disember 2022.
@buletin.tiktok credit : youtube tv3 Malaysia #fyp #bikinpanas #berandatiktok
Sumber: YouTube TV3