berita

[VIDEO] ‘Ada Kata Ianya Riak’ – Pemain JDT Naik Kereta Mewah Ke Padang Latihan Di Dubai

January 22nd, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Bagi meningkatkan lagi kualiti permainan untuk menghadapi musim baharu Liga Malaysia (Liga M) dan saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL), pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim telah berangkat ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu. JDT bakal mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan pra musim 2020 di sana.

Menerusi Facebook rasmi Johor Southern Tigers telah berkongsi video para pemain menaiki beberapa bauh kereta mewah untuk pergi ke padang latihan mereka. Turut serta dalam video tersebut ialah pemilik kelab JDT, Tuanku Ismail Sultan Ibrahim. Rata-rata netizen menyokong inisiatif TMJ dalam membangunkan kelab bola sepak itu dan memberi ganjaran yang sewajarnya untuk pemainnya.

Naik kereta mewah ke padang latihan

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/888785881554384/?v=888785881554384

Video pemain-pemain bola sepak JDT sedang menaiki kereta mewah di lobbi hotel telah menarik perhatian ramai. Jika kelab bola sepak yang lain sibuk menaiki bas ke padang latihan, kelab bola sepak JDT berbeza dari lain yang lain apabila semua pemain menaiki kereta mewah ke padang latihan.

Bagai pemain profesional eropah

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/1514733735377944/?v=1514733735377944

Kelihatan beberapa unit kereta mewah telah tiba di padang latihan. Semua pemain kelihatan seperti pemain bola sepak profesional dari eropah. Netizen turut beranggapan bahawa ini ada satu ganjaran yang diberikan kepada pemain setelah berhempas pulas mempertahankan kejuaraan Liga M buat kali ke-6 berturut-turut.

Naikkan moral pemain

Sumber: Johor Southern Tigers

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×