berita

[VIDEO] Ada Kepala ‘Intai’ Dari Celah Pokok Pisang, Makhluk Pendek & Berbulu Selamba Lintas Tepi Kaki, Seram!

April 21st, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Gangguan makhluk halus atau jin bukanlah satu perkara yang asing lagi. Malah, kita perlu percaya dengan kewujudan makhluk ini. Walaupun kita tidak nampak mereka dengan mata kasar tetapi kadangkala kita boleh merasai kehadiran mereka di sekeliling kita.

Terbaru, seorang gadis ada memuat naik satu video untuk berkongsi satu pengalaman seram yang dilaluinya. Video tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga viral di media sosial.

Makhluk ‘misteri’

Menerusi video yang dikongsikan oleh Ieqa Cektum di TikTok memaparkan gadis ini sedang menari di bawah sebuah khemah pada waktu malam. Tetapi apa yang lebih menjadi tumpuan adalah penampakan satu kelibat seperti kanak-kanak sedang berlari di belakangnya. Penampakan tersebut sekaligus menimbulkan pelbagai tanda tanya lebih-lebih lagi apabila Ieqa mendakwa ketika kejadian, hanya dia seorang sahaja berada di situ. Jika, siapakah ‘makhluk’ itu sebenarnya?

Sebab masa saya buat TikTok tak ada sesiapa dekat situ sebab budak-budak pun tak ada. Yang perasan video ni anak buah saya, baru saya perasan. Nakal betul benda ni tau.

Di ruangan komen, kebanyakan netizen memaklumkan bahawa makhluk itu adalah ‘toyol’ kerana fizikalnya yang rendah, kecil dan seperti kanak-kanak. Malah ada juga yang mendakwa melihat badan makhluk tersebut dipenuhi dengan bulu. Tidak terhenti di situ, ada juga yang memaklumkan sebenarnya ada satu lagi makhluk halus lain yang memerhati gadis ini di sebalik pokok pisang di belakangnya. Walaupun begitu, tidak dapat dipastikan kesahihan dan apakah makhluk misteri di sebalik kisah seram ini.

Seramnya..

@ieqa_ceketumPagi kesayangan ieqa ???Suka2 menari walaupun keras? tapi misteri yg berlaku?##gadisceketum ##CintaBelangkas?? ##gengsewel? ##fyp? ##misteri ##horro? original sound – _meeroja – Tik Toker

‘Budak kecil melintas’

Sumber: Ieqa Cektum

SKIP THIS AD ×