Bukan mudah untuk menjadi seorang Muslim yang sejati, lebih-lebih lagi apabila ramai yang mengungkit tentang kesalahan masa lampau seseorang. Itulah yang terjadi kepada pempengaruh popular, Maryam Durian Kimchi yang sering disoal tentang tatu di badannya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Maryam Durian Kimchi Menangis Anak Masuk Sekolah
Artikel Berkaitan: Kena Kecam Bagi Anak Makanan Frozen, Ryzal Mohon Maryam Abaikan Komen ‘Puaka’ Netizen – ‘Hanya Seorang Ibu Yang Akan Faham’
Maryam sedih
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, Maryam kelihatan sedih namun dia tidak langsung berkata apa-apa. Wanita berasal dari Korea Selatan ini hanya menulis luahan hatinya di kapsyen video tersebut.
Sampai sekarang ada orang cakap pasal tatu saya dan suruh saya buang tatu ini.
Dalam pada itu, Maryam atau nama penuhnya, Maryam You Narae juga menyoal adakah orang yang tidak bertatu sahaja layak menjadi seorang muslim.
Adakah orang yang tidak bertatu sahaja boleh jadi muslim?
‘Abaikan mereka’
Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet yang memberikan kata-kata semangat untuk pempengaruh berusia 31 tahun itu. Malah ada juga yang menasihatinya supaya mengabaikan sahaja kritikan tersebut.
Itu dulu kak, tak mengapa. Sekarang kita fokus untuk terus ke hadapan. Buat tak tahu sahaja dengan semua orang yang mengata tu.
Abaikan saja mereka. Allah tidak pernah menilai kehidupan masa lalu awak.
Saya pun seorang mualaf, ada tatu di kaki. Alhamdulillah suami memahami. Tak perlu buang kalau menyakitkan.
Jika dibuang dan membawa mudarat kepada tuan badan, jadi tak perlu dibuang . Yang penting ketaatan dan ketaqwaan pada Allah.
@uyounik Sampai sekarang ada orang talk about my tattoo.. dan ask me to remove this.. Can only people without tattoos become Muslims?
Sumber: TikTok