Gambar sekadar hiasan
Tular baru-baru ini sebuah drama yang memaparkan babak isteri dipaksa untuk rujuk semula dengan bekas suami sehingga menjadi perbualan hangat dalam kalangan warganet.
Justeru, pendakwah Ustaz Izmir Fareez tampil menjelaskan tentang hukum situasi tersebut.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mahkamah Terima Permohonan Rujuk Farid Kamil, Diana Danielle – ‘Kedua-Dua Pihak Kembali Suami Isteri’
Artikel Berkaitan: ‘Mahkamah Putuskan Kami Sah Bercerai, Tidak Akan Dirujuk’ – Idzham Ismail
Penjelasan ustaz
@bambamstudiosofficial ??MENJAWAB SCENE VIRAL DRAMA ANDAI TIADA DIA?? Haikal ni main paksa nak rujuk dengan Suri. Sah ke dari segi hukum agama?? Jom Cik Bam dapatkan pencerahan dari Ustaz @Izmir Fareez @Hisyam Hamid7 @Missmimilana @Ummi nazeera @Zahiril Adzim #AndaiTiadaDia #ATD #megadrama #astromalaysia #sookamalaysia #bambamstudios #malaydrama #trending #AstroBaharu #DramaTikTok #sembangentertainment #dramaviral #fyp?#SembangMovie #BamBamStudios #KongsiBersama #KongsiCerita
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Ustaz Izmir menerangkan bahawa rujuk adalah milik suami sama juga seperti talak yang dilafazkan.
Dalam Islam, rujuk itu adalah milik suami sebagaimana talak juga milik suami iaitu suami yang lafazkan bukan isteri. Sama juga dengan rujuk, suami yang lafazkan.
Maksudnya suami perlu lafazkan rujuk secara jelas. Dalam mazhab Imam Syafie, antaranya yang disebutkan, ‘aku rujuk kau semula.’ Maka jadilah dia sebagai isteri.
Dalam keadaan paksaan dan maksiat pun jadi juga sebab kata Nabi Muhammad SAW, tiga perkara yang dibuat sama ada secara bersungguh-sungguh atau bergurau ianya akan tetap terjadi iaitu nikah, talak dan rujuk.
Bagaimanapun, suami hanya diberikan kuasa untuk melafazkan talak sebanyak tiga kali manakala rujuk hanya dua kali.
Talak yang ada pada suami hanya ada tiga sahaja dan rujuk pula dua. Jadi apabila sudah dijatuhkan tiga dan dua kali itu, maka habislah.
Jika isteri dipaksa
Gambar sekadar hiasan
Menurut Ustaz Izmir, jika isteri dipaksa untuk rujuk semula dengan bekas suami, wanita tersebut boleh menuntut fasakh atau khuluk.
Apabila sudah rujuk, dia boleh memfailkan perceraian di mahkamah untuk khuluk atau pun fasakh.
Selepas daripada itu, kalau dia cerai atau pun rujuk semula sehingga habis talaknya, maka dia tidak boleh rujuk semula.
Dan kes ini adalah untuk isteri ketika di dalam iddah sahaja. Jika isteri sudah habis iddah mana boleh paksa lagi untuk rujuk dengan dia. Apatah lagi kalau talak tiga sudah dilafazkan.
Sumber: TikTok Bambam Studios Official