Pelakon Adam Corrie berkongsi tentang ujian yang menimpanya selepas bergelar mualaf.
Artikel Berkaitan: ‘Selepas 16 Tahun Kembali Pada Fitrah, Saya Tak Rasa Rindu Nak Makan Daging Babi’ – Adam Corrie
Artikel Berkaitan: Adam Corrie Minta TikTokers Bukan Islam Betulkan Niat, Jangan Guna Agama Untuk Kejar Sales
Tiga tahun tiada ‘job’
@matdo74 #tiktoklive #live #2024 #2025 #poryou #poryoupage #masjidalbusyramerbok #4u #fyp??viral #fyp? #fyp #xybca #fyppppppppppppppppppppppp
Adam atau nama lengkapnya Adam Corrie Abdullah berkata, dia tidak menerima sebarang tawaran perkerjaan selepas tiga tahun menganut agama Islam.
Selepas saya umumkan saya masuk Islam, ujian pertama yang saya dapat adalah tak ada pekerjaan. Tiga tahun saya tak ada pekerjaan.
Tetapi Allah bagi satu jalan yang saya rasa sangat seronok, saya rasa berbaloi kena ‘banned’ dekat satu stesyen TV.
Hadir majlis ilmu
Walau bagaimanapun, Adam menerimanya dengan reda kerana dia dapat mengisi masa terluang dengan menghadiri ke majlis ilmu.
Isteri saya ajak saya pergi majlis ilmu, alang-alang sudah tiada pekerjaan.
Majlis itu adalah majlis bersama Habib Ali Zainal Abidin dan saya pergi tiga tahun tanpa henti.
Dalam masa yang sama, pelakon filem KL Gangster tersebut turut berkongsi momen-momen yang tidak dapat dilupakan selama menunut ilmu dengan pendakwah bebas tersebut.
Banyak program TV yang dia pergi tetapi dia tak pernah sebut nama anak murid dia tetapi saya adalah orang pertama yang dia sebut.
‘Adam saf depan.’ Sebab apa? Majlis mula pukul 9 tetapi saya pukul 6 sudah ada di barisan hadapan. Lepas solat asar sehinggalah selesai program.
Hari itu juga merupakan hari bertuah saya. Habis program Habib Ali pegang tangan saya dan bawa saya pergi minum.
Sumber: TikTok