Pelakon Datuk Adi Putra kelihatan segak bergaya ketika di acara Ajwad Khan Raya 2023, Fashion Show anjuran Starvilion, semalam.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Masih Berpegang Prinsip Untuk Tidak Hadir Di Jakarta’ – Adi Putra
Artikel Berkaitan: Usia Dah Cecah 40an Kekal Kacak, ‘Market’ Adi Putra Naik Selepas Kejayaan Mat Kilau
Tampil bersilat
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Datuk Adi Putra kelihatan berbusana lengkap baju melayu jenis teluk belanga dan disertakan tanjak di kepala.
Kemunculannya di atas pentas ‘Fashion Show’ itu disorak ramai kerana aksinya yang bersilat seakan sama dalam filem ‘Mat Kilau’.
Duta koleksi baju melayu raya Starvilion itu meraih perhatian netizen dek kerana rupa paras dan penampilannya seperti sekitar awal 30an.
@nazreen.amsyar
Aura lain macam
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen ‘cair’ melihat senyuman daripada pelakon utama filem ‘Mat Kilau’ tersebut. Dalam pada itu, terdapat juga komen yang mengatakan Adi Putra memiliki aura yang luar biasa.
Sumber: TikTok @nazreen.amsyar