Usahawan dan pempengaruh media sosial Adib Banana Dibs mendakwa cawangan perniagaan miliknya yang terletak di Melaka telah disihir.
Artikel Berkaitan: Fasih Berbahasa Indonesia, Orang Tempatan ‘Claim’ Iqbal Zulkefli Asal Surabaya – ‘Mereka Tak Percaya Saya Dari Malaysia’
Kedai disihir
Menurut Adib atau nama sebenarnya Abdul Adib Aidil, dia berasa tidak sedap hati selepas mendapati hasil jualan merosok secara mendadak.
Saya ada lima orang pekerja, seorang pekerja dibayar gaji RM60 sehari. Jadinya lima darab dengan 60 jadi RM300. Tetapi hasil jualan hanya dapat RM100 sahaja.
Bayangkan RM100 itu bermaksud hanya 6 kotak sahaja terjual, bermakna dalam satu jam hanya satu kotak. Kemudian, saya mula musykil dan risau apa yang berlaku dengan kedai.
Dalam pada itu, Adib mendakwa perniagaannya telah disihir selepas meminta pertolongan daripada seorang ustaz untuk melihat keadaan kedai.
Apa yang mengejutkan lagi, pempengaruh itu berkata dia sering menjumpai duit syiling yang bertaburan di sekeliling premisnya.
Keluarga saya panggil seorang ustaz datang untuk lihat kedai, sebanyak dua kali ustaz itu datang dan memang sebenarnya ada orang ‘hantar’ (sihir).
Ada jumpa banyak syiling dijumpai dalam kedai itu salah satu cara nak sihir kedai. Supaya kedai saya tutup.
Ramai pelanggan yang mesej tanya kenapa kedai tutup, sedangkan kedai buka sahaja. Mata mereka dikaburi, tak nampak. Ada ‘benda’ yang tutup.
Saya cuba berfikiran positif dan terus bertahan untuk beberapa bulan selepas ustaz datang tolong tengok, tetapi masalah masih sama. Syiling masih ditemui, akhirnya saya tutup sebab takut.
Adib berkongsi mengenai perkara itu menerusi sesi siaran langsung di TikTok pada Rabu sebelum rakaman tersebut dimuat naik semula oleh netizen.
Video
Rupanya bananadibs kat Melaka tu dah tutup sebab……macam biasa la Melayu kalau meniaga mesti ada yang dengki ?Kesian adib biasa maksudnya ? pic.twitter.com/kjnM1CZhOz
— aLeL ? (@AzlilAdzif) December 20, 2023
Sumber: X