Adik sulung lelaki Shila Amzah iaitu Amir Syafiq menepis dakwaan netizen yang mengatakan dia tidak bekerja dan hanya ‘melepet’ di rumah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adik Lelaki Sulung Dakwa Shila Amzah Terajang Pintu, Pernah Janji Tak Akan Jual Rumah Pusaka – ‘Dia Ingat Duit Boleh Bawa Mati’
Artikel Berkaitan: Pembantu Peribadi Shila Amzah Berang Dipanggil Balaci, Dedah ‘Gangster Langat’ Tak Keluar Rumah Masa Ajak Jumpa
Bukan ‘jobless’
Menerusi siaran langsung pada malam Rabu, Amir Syafiq mendedahkan pekerjaan yang dilakukan untuk menyara kehidupannya.
Kata Amir Syafiq, 30, dia juga bekerja dalam industri seni tetapi di belakang tabir saja.
Aku kerja soundman dan buat lighting. Aku berada dalam industri seni juga, kerja belakang tabir. 19 haribulan ini aku akan pergi China.
Aku kerja, Syada pun kerja. Kami sara hidup sendiri. Kucing ada 40 ekor. Aku beli juga makanan kucing, bayar bil internet. Netizen sekarang terlalu taksub. Aku ini orang biasa saja, kena tindas. Aku bersyukur Allah bagi kelebihan untuk menyayangi mak.
Dalam pada itu, Amir Syafiq mendakwa dia mula tinggal di banglo di Hulu Langat sejak rumah tangga ibu bapanya, Datuk ND Lala dan Fauziah Sarman berantakan.
Aku tak duduk di rumah itu. Sebelum ini, aku duduk dekat Balakong. Masa mula-mula pandemik, aku start duduk sendiri. Masa banjir aku balik lepak dekat rumah.
Selepas banjir, bapa aku gaduh dengan mak aku. Bermula situ aku duduk dengan mak. Jaga mak aku. Mana Shila?
Terdahulu, perang antara adik beradik Syada bermula selepas kakaknya yang juga penyanyi terkenal Shila Amzah mengaku mahu menjual rumah banglo yang didiami keluarganya.
Menurut Shila, tujuan dia mahu menjual kediaman tersebut kerana ingin membelikan sebuah kondo yang baharu.
Bagaimanapun, kenyataan Shila telah dinafikan oleh dua adik beradiknya iaitu Syada dan Amir Syafiq.
Syafiq mendakwa, penyanyi berusia 33 tahun itu mahu menjual rumah berkenaan disebabkan wang.
Sementara itu, Syada mendakwa dia dan keluarga telah dihalau dan dilayan seperti haiwan jalanan.
Sumber: TikTok