Penyanyi dan pelakon, Adira Suhaimi meluahkan rasa syukur dan teruja selepas menerima kejutan daripada keluarga tercinta sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-33, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Adira Suhaimi Nafi Mempermainkan Isu Perkahwinan, Datuk Red Beri Cincin Hanyalah Gimik – ‘Mulut Orang Tak Boleh Tutup, Yang Tahu Je Tahu’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kakak Beri Hadiah, Adira Tak Mampu Tahan Air Mata – ‘Kami Dari Kecil Tak Pernah Ada Selimut & Cadar Sendiri’
Kejutan hari jadi Adira
@adirasuhaimi.ami panjang cerita ! susah nak pendekkan ?? tapi drg semua sekongkol .. but anyway ami sangat menghargai .. to my kkak, abg & semua family yg datang terima kasih sangat sangat .. @Emma suhaimi @Bang long @igur@niko84 @ziera ? @CikHanaa sampai c @abg red bawa kita g makan ABC semata mata maw tunggu setup siap ????? #fyp ? Kunfayakun – Adidah
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, memaparkan ahli keluarga Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira binti Suhaimi termasuk adik beradiknya, anak-anak, anak-anak tiri dan bekas suami, Datuk Red memberi kejutan dengan menyambut hari jadinya di rumah.
Pelantun lagu Ilusi itu berkata, untuk menjayakan ‘kejutan’ tersebut, dia telah dibawa oleh Datuk Red atau sebenarnya Adnan Abu ke sebuah kedai makan manakala mereka yang lain sudah membuat persiapan di rumah.
Setibanya di pintu pagar, Adira terkejut melihat insan-insan kesayangannya berada di rumah. Kejutan sempena ulang tahun kelahiran Adira telah berlangsung secara kecil-kecilan bersama keluarga tersayang.
Diorang semua dah bersekongkol. Ami (panggilan Adira) menghargai kakak, abang dan semua keluarga yang datang.
Untuk rekod, Adira dan Datuk Red pernah mendirikan rumah tangga pada 24 April berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua, namun bercerai pada 24 April lalu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia dua tahun.
Sumber: TikTok Adira Suhaimi