Penyanyi Adira Suhaimi berkongsi penerimaan anak-anak terhadap isu rumah tangganya.
Artikel Berkaitan: ‘Fazura Macam Saya, Tidak Tunjuk Ada Masalah Kepada Orang’ – Adira Suhaimi
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adira Suhaimi Sedang Dipikat Datuk H?
Tidak berkongsi
@usanita.hq Penerimaan anak-anak adira suhaimi. #usanita2024 #unwrapped #kisahdisebalikspotlight ? original sound – usanita.hq
Apabila diaju soalan mengenai penerimaan anak-anak, pelantun lagu ‘Pujaan Hati’ menyatakan dia tidak pernah bercerita kepada anak-anak situasi yang sebenar.
Adira memang tidak berbual dengan anak hal ini.
Sebab sebelum ini, ayah mereka selang sehari tiada jadi mereka dah biasa.
Ujarnya, dia sedang berusaha untuk anak-anak sentiasa rasa mereka ada ibu bapa di belakang.
Alhamdulillah setakat ini, belum ada pernah ada soalan yang pelik-pelik dari mereka.
Ayah dia pun rajin datang tengok.
Tambah Adira, dengan kehadiran bekas suami, Datuk Seri Adnan atau lebih mesra disapa Datuk Red ke rumah tidak menjadi masalah kerana anak-anak turut gembira.
Sekadar info, Adira dan Datuk Red sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor.
Terdahulu, pasangan ini berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.
Sumber: TikTok usanita.hq