Seperti yang sedia maklum, penyanyi Adira Suhaimi sudah pun bercerai dengan bekas suaminya, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu pada 23 April lalu.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Akan Bangkit Semula’ – Datuk Red Akhirnya Buka Mulut Selepas Bercerai, Kongsi Foto Termenung Di Mahkamah
Tolong bekas suami berniaga
@putehhhx Terbaiklah Adira dtg support abg red niaga ?? #adirasuhaimidatukred #adirasuhaimiabgred #adirasuhaimireal #datored #abgred #adirasuhaimi @adirasuhaimi.real @abg red ? Masa Laluku – Kangen Band
Terbaharu, tular satu potongan video memaparkan pelantun ‘Ku Ada Kamu’ itu membantu Datuk Red berniaga di booth sebuah karnival di Ipoh menerusi satu sesi siaran langsung.
Dapat dilihat, Adira begitu bersemangat mencari pelanggan yang berkunjung ke festival tersebut dan memberikan sampel kuih raya yang dijual bekas suaminya itu.
Kedengaran juga Datuk Red yang berseloroh tidak kisah sekiranya tiada yang membeli asalkan bekas isterinya itu ada di sisi.
Tak beli tak apa, janji Adira ada.
Lebih menghiburkan, Datuk Red juga cuba untuk mengelap peluh di dahi Adira dengan menggunakan kain tuala.
Hantaran tersebut telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya seronok melihat gelagat bekas suami isteri itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Adira dan Datuk Red dapat disatukan semula.
Sekadar info, Adira memfailkan perceraian berikutan tiada persefahaman pada 25 Oktober tahun lalu dan mereka sah bercerai pada 23 April lalu.
Untuk rekod, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat anak iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia setahun.
Sumber: TikTok