![[VIDEO] Aditya Zoni Terus Beri Sokongan Kepada Abang, Tegaskan Kes Dadah Perlu Dipandang Serius – ‘Salah Tetap Salah’](https://asset.ohbulan.com/2025/11/aditya-zoni.jpg)
Pelakon Indonesia Aditya Zoni terus memberi sokongan penuh pada abangnya yang juga seorang pelakon, Ammar Zoni ekoran dihukum penjara akibat tiga kes dadah.
Artikel Berkaitan: Pernah Minta Suami Jadi Lelaki Bertanggungjawab, Yasmine Ow & Pelakon Aditya Zoni Dah Bercerai?
Artikel Berkaitan: Yasmine Ow Tamat Zaman Janda Selepas 5 Bulan Bercerai, Kini Kembali Bergelar Isteri
Sokongan buat abang
Ketika ditemui OhBulan!, Aditya atau nama lengkapnya Muhammad Aditya Warman, 25, yakin perkara yang salah perlu dipertanggungjawabkan.
Dalam pada itu, sokongan tetap akan diberikan agar Ammar kuat menempuhi fasa sukar tersebut.
Kami selalu menyokong Ammar dan walau apa terjadi, kita harus saling menyokong saudara kita sendiri.
Selalu saya katakan pada media di Indonesia, apabila kita terbabit dalam menggunakan bahan terlarang seperti itu, di negara mana pun, kita perlu menjalani rehabilitasi.
Jadi, kesalahan menggunakannya juga perlu dihukum atau dipenjarakan.
Salah tetap salah dan ia juga perlu diubati.
Aditya berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Menjelang Magrib 2: Wanita Yang Dirantai yang berlangsung di TGV, One Utama pada Isnin.
Semakin susut

Berkongsi lebih lanjut, Aditya memaklumkan keadaan Ammar yang semakin susut sebelum aktor berusia 32 tahun itu dipindahkan ke Penjara Nusakambangan, Jawa Tengah Indonesia.
Alhamdulillah Abang Ammar sihat saja.
Doakan semoga ada berita baik buatnya.
Kali terakhir jumpa dua bulan lalu, sudah kurus mukanya.
Sekadar info, Ammar berdepan tuduhan baharu apabila didakwa mengedar bahan terlarang kepada banduan lain.
Kini, Ammar difahamkan sedang menjalani hukuman penjara di pusat tahanan yang dikawal ketat kerana melibatkan kes berisiko tinggi.








