Penyanyi Wani Kayrie enggan mengulas lebih lanjut mengenai kenyataan penyanyi, Afieq Shazwan yang mengatakan sanggup menunggu cintanya.
Artikel Berkaitan: ‘Si Dia Memahami Kerja Saya, Selebihnya Tunggu Kad Kahwin’ – Wani Kayrie
Masih berkawan baik
Jelas pemilik nama Syazwani Abdullah itu, dia yang sudah menjalinkan persahabatan bersama Afieq dari kecil masih bersahabat baik sehingga ke hari ini.
Afieq sebenarnya kawan baik saya dan kami memang dah berkawan dari kecil.
Bagi saya, kalau orang mendoakan yang baik-baik serta suka melihat kami bersama, rapat, doa yang baik-baik saja. Kita tak tahu perjalanan karier macam mana.
Malah, saya dan Afieq pun berada dalam industri yang sama, sama-sama cari makan, buat lagu, menyanyi. Bagi saya, fokus utama adalah kerjaya.
Menjawab kepada kenyataan Afieq itu, apa yang saya boleh kata doa yang baik-baik saja.
Wani berkongsi perkara tersebut ketika ditemui OhBulan! pada sesi sidang media pelancaran video muzik lagu terbaharunya berjudul ‘Aiman Tino’.
Belum terfikir soal cinta
Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Aku Suka Kamu’ memaklumkan bahawa dirinya masih mahu memberikan sepenuhnya fokus terhadap karier nyanyiannya dan belum terfikir untuk bercerita soal cinta.
Mungkin Afieq banyak keluar lagu cinta dan mana tahu (kenyataan) itu marketing dia saja, kita tak tahu.
Saya sendiri pun masih muda dan nak bercerita fasal cinta ini belum lagi rasanya. Saya rasa belum tiba masa untuk bercakap soal cinta.
Sebab sekarang ini fokus saya adalah pada keluarga lebih-lebih lagi terhadap mak saya yang tak berapa nak sihat.
Untuk berada ke tahap ini bukan mudah, sebab itu saya menepis apa-apa tentang percintaan dan penghubungan.
Kalau orang kata jodoh, dia akan datang juga. Selagi saya masih muda, kudrat masih ada, saya akan teruskan dengan apa yang saya ada sekarang.
Terdahulu, Afieq membuat pengakuan jujur mengatakan dia sanggup menunggu cinta daripada Wani menerusi temu bual dibuat bersama sebuah portal hiburan.