![[VIDEO] Aiman Hakim Ridza Lalui Fasa Depresi – ‘Saya Bercakap Dengan Karakter Imaginasi’](https://asset.ohbulan.com/2025/12/aiman-hakim-ridza.jpg)
Pelakon, Aiman Hakim Ridza berkongsi pengalaman fasa kemurungan semasa membawa watak kembar bagi sebuah projek bersiri, Bad Cop.
Artikel Berkaitan: Aiman Hakim Ridza Anggap Babak Intim Tak Perlu Diselit Dalam Mana-Mana Karya – ‘Penonton Sekarang Makin Bijak’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zahirah Macwilson ‘Belanja’ Nyanyian Aiman Hakim Ridza, Netizen Rindu Dengar Suara – ‘Tolong Pujuk Dia Nyanyi Balik’
Bercakap sendiri
Ketika ditemui OhBulan!, Aiman atau nama lengkapnya Aiman Hakim Ridza Abdoh mendedahkan dirinya pernah bercakap sendirian tanpa disedari.
Menurut Aiman, perkara itu disedari oleh isterinya, Zahira MacWilson sekali gus meminta agar segera berbincang dengan pihak produksi.
Saya pernah menelefon isteri saya dan saya tak perasan saya bercakap dengan karakter imaginasi.
Saya membawa beban itu terlalu dalam dan terlepas tanpa sedar. Saya bercakap seorang diri di dalam kereta.
Isteri saya perasan dan dia sedar supaya kita perlu kekal tenang. Dia memberi cadangan untuk berbincang dengan Kavi (showrunner) dan Jason (pengarah).
Mereka banyak membantu saya, mereka memahami emosi saya dengan baik. Sebab cerita ini semakin lama semakin dark.
Aiman berkata demikian ketika ditemui di tayangan media Bad Cop yang berlangsung di TGV KLCC, pada Selasa.
Tak mudah bawa watak kembar
Berkongsi lebih lanjut, pelakon berusia 36 tahun itu akui tidak mudah untuk membawa watak kembar dalam drama bersiri tersebut sehingga mengganggu emosi dan mental.
Sangat teruk, saya menjadi mudah gelisah dan agresif secara emosi. Untuk bawa watak ini saya mengalami depresi.
Saya tidak datang daripada latar belakang seperti watak itu. Bila mendapat tahu bahawa manusia boleh pergi sejauh itu dalam realiti, ianya sangat mengganggu.
Bad Cop merupakan adaptasi daripada siri jenayah popular Jerman pada tahun 2017 dan siri asal ini turut mencapai kejayaan antarabangsa apabila diadaptasi produksi India pada tahun 2024.