![[VIDEO] Aiman Tak Kesah Hanya Niat Nak Jatuhkan Talak Dua, Akui Tak Ada Ilmu Perkahwinan – ‘Habis Punah Rumah Tangga’](https://media.ohbulan.com/2025/05/AimanTakKesahHanyaMahuLafaztalakDua.jpg)

Pempengaruh media sosial, Aiman Tak Kesah mengakui dirinya tidak mempunyai asas ilmu agama sebelum mendirikan rumah tangga bersama isteri, Siti Jamumall.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aiman Tak Kesah Tunjuk Bukti Bebas D*dah, Sifatkan Siti Jamumall Sebagai Isteri Yang Taat
Hanya mahu lafaz talak dua
@chaatwin32Aiman² x ape la jage ank baik2 lepas ni..? original sound – ?????? ????????
Menerusi rakaman video dimuat naik @chaatwin32, Aiman yang sedang melakukan sesi siaran langsung berkata, disebabkan itulah rumah tangganya bersama Siti menjadi berantakan.
Aku pun satu juga, tak ada ilmu pergi kahwin.
Alif ba ta pun tak tahu. Gagal didik isteri, kahwin lagi.
Habis punah rumah tangga.
Dalam pada itu, Aiman memaklumkan dia hanya berniat untuk melafaz talak dua ketika malam pergaduhannya dengan Siti.
Niat aku nak talak dua ja tapi ada peguam dari mahkamah syariah kata yang saya sebenarnya dah jatuhkan kesemua talak.
Aku pun tak tahulah, kena tunggu keputusan mahkamah.
Tak sangka berlaku pergaduhan

Bercerita lanjut, pempengaruh berusia 22 tahun ini tidak menyangka akan berlakunya pergaduhan kerana mahu menunjukkan hasil kerjanya kepada Siti ketika malam kejadian.
Mana ada aku pergi mem*ntat, kita baru balik kerja cari emas.
Malam itu sebenarnya aku nak tunjuk hasil yang aku dapatlah.
Tapi kena tuduh mem*ntat pula.
Terdahulu, berlaku pertelingkahan antara Siti dan Aiman sehingga membawa kepada lafaz talak ketika sesi siaran langsung di TikTok.
Sebelum ini, Siti mengaku berlakunya perceraian kali pertama antara dirinya dan Aiman namun mereka kembali rujuk selepas pengesahan lafaz cerai.
Sekadar info, Siti pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Syafiq pada 2019 namun jodoh mereka tak panjang apabila bercerai tiga tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 6, dan Putra Aiman Zafran, 4 tahun.
Siti kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Aiman di Satun, Thailand pada Jun tahun lalu.
Sumber: TikTok







