Penyanyi bervokal tinggi, Aina Abdul sama sekali tidak menyangka akan meraih kemenangan demi kemenangan di malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM 24) yang berlangsung malam tadi di Arena Of Stars, Genting Highland.

Artikel Berkaitan: Aina Abdul Dominasi AIM 24, Dayang Nurfaizah Rangkul Trofi Album Terbaik & Terima Habuan RM200k

Artikel Berkaitan: AMT2025 Lebih Meledak, Janjikan Persembahan Eksklusif & Barisan Penyampai ‘A-List’ Atas Pentas

Anugerah bermakna

@ohbulanofficial

Aina Abdul sama sekali tidak menyangka akan meraih kemenangan demi kemenangan di malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM 24) yang berlangsung malam tadi di Arena Of Stars, Genting Highland.#ohbulan #fyp #ainaabdul #aim24

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Ketika ditemui OhBulan!, Aina atau nama lengkapya Nurul Aina Abdul Ghani, tidak dapat menahan sebak apabila karyanya mendapat pengiktirafan pada penganjuran AIM 24 kali ini.

Sebenarnya ini merupakan antara anugerah yang saya tunggu-tunggu dalam hidup saya kerana ini merupakan anugerah yang ikonik di Malaysia selain Anugerah Juara Lagu (AJL).

Jadi saya memang mengimpikan untuk mengenggam anugerah ini dan merupakan penguat terbaharu saya untuk terus berkarya.

Terima kasih kepada pihak juri yang meluangkan masa berjam-jam, memikirkan lagu yang terbaik dan akhirnya memilih lagu ini.

Saya sangat tak sangka sebab lagu itu merupakan antara lagu yang bermakna dalam hidup saya. Lagu-lagu lain pun hebat juga.

Mengakui tidak mudah untuk menempa nama di dalam industri muzik, Aina tetap optimis melaluinya dengan penuh ketabahan dan percaya pada kebolehannya yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Maknanya (kemenangan di AIM24) sangat besar buat saya. Saya sebagai penulis juga, kadang kala buntu tetapi saya percaya ilham daripada Allah itu benar.

Semasa melalui titik terendah, Allah hadirkan karya dan melodi lagu yang terbaik untuk saya.

Kadang-kadang saya buat lagu untuk menyembuhkan hati saya yang luka tetapi sebenarnya saya juga menyembuhkan hati peminat-peminat dan membantu mereka yang turut terluka.

Tak ambil pusing

Dalam pada itu, penyanyi berusia 32 tahun tersebut juga tidak terlalu mengambil pusing akan kecaman yang diterima malah menjadikannya lebih kuat untuk menempuh perjalanan seni.

Kritikan mereka walaupun perit untuk didengar tetapi ia juga menguatkan saya secara tidak langsung.

Itu juga anugerah untuk saya, untuk orang ingat siapa Aina Abdul.

Saya tahu saya tak boleh tutup mulut mereka, tidak kisahlah tinggi manapun anugerah yang saya terima.

Saya tidak fokus kepada itu tetapi tumpuan saya adalah kepada mereka yang menyokong dan meminati saya.

Untuk info, Aina berjaya merangkul empat trofi utama pada AIM 24 iaitu Lagu Terbaik, Lagu Pop Terbaik dan Vokal Terbaik menerusi lagu Jangan Mati Rasa Itu, manakala Imaji Deluxe Edition pula memenangi kategori Rakaman Album Terbaik.

Selain Aina, Faizal Tahir juga mengungguli malam anugerah dengan turut menerima empat kemenangan iaitu Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik menerusi lagu Campak Bintang duet bersama Datuk M Nasir, Lagu Nasyid Terbaik (Biar Satu Dunia Tahu bersama Mirwana), Lagu Perpaduan Terbaik (Bendera) serta Lagu Dengan Hasilan Video Tertinggi Di TikTok (Santai).

AIM 24 dikendalikan oleh duo pengacara popular iaitu Alif Sattar dan Sherry Alhadad itu turut memberi pengiktirafan kepada Dayang Nurfaizah serta Aubrey Suwito bagi kategori Album Terbaik (Belagu 2) selain Anugerah Sri Wirama yang diberikan kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza.