![[VIDEO] Air Mata Tak Berhenti Lakon Babak Masuk Liang Lahad, Noorkhiriah Pesan Jangan Sesekali Tinggal Solat](https://media.ohbulan.com/2025/05/NoorkhiriahLakonBabakMasukLiangLahad.jpg)

Pelakon, Noorkhiriah berkongsi momen ketika berlakon menjadi jenazah dan masuk ke dalam liang lahad ketika penggambaran sebuah drama terbitan stesen televisyen swasta.
Artikel Berkaitan: Noorkhiriah Dapat Hadiah Kain Kafan Sempena Hari Lahir Dari Suami
Buat dengan rela hati
View this post on Instagram
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Noorkhiriah atau nama lengkapnya Noorkhiriah Ahmad Shapie memaklumkan tindakan untuk melakonkan babak tersebut adalah atas kehendaknya sendiri.
Ujarnya, momen tersebut disifatkan sebagai satu momen yang sangat luar biasa.
Saat-saat memasukan diri ke dalam liang lahad.
Akak yang minta pada pengarah untuk masuk ke dalam liang lahad lepas itu akak nervous, sampai di kubur air mata tak berhenti.
Jangan tinggal solat

Dalam pada itu, pelakon berusia 49 tahun itu menitipkan pesan buat pengikutnya untuk tidak sesekali meninggalkan solat di samping meluahkan rasa syukur kerana dapat melakonkan babak tersebut.
Pesan akak satu ja, jangan tinggal solat walaupun kita ini jahat macam mana sekalipun jika ada rasa sayang pada diri sendiri.
Terima kasih Allah atas hadiah yang cukup besar ini.
Dosa banyak sangat sampai Allah bagi nikmat dan momen mahal ini.
Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian wargamaya yang kagum dengan keberanian Noorkhiriah melakonkan babak tersebut.
Komen netizen


Sumber: IG Noorkhiriah







