berita

[VIDEO] Aisha Retno Dan Aziz Harun Bercinta? Peminat Mula ‘Broken’

February 22nd, 2023 | by Wani
Kini Trending

Juara Rookie Vokal Mania, Aisha Retno mencuri perhatian netizen dengan perkongsiannya bersama penyanyi kelahiran Brunei, Aziz Harun.

Artikel Berkaitan: Aishah Retno & Aziz Harun Berkawan Baik

Artikel Berkaitan: Giliran Aisha Retno Hiasi Papan Iklan Gergasi Times Square, New York

Bercinta ke tidak

Menerusi hantaran Aisha, 23, di TikTok, kelihatan dua penyanyi berbakat itu banyak menghabiskan masa bersama dengan berlatar belakangkan lagu mereka yang berjudul ‘Jarak’.

Perkongsiannya meraih perhatian apabila netizen membuat spekulasi mereka sedang menjalinkan hubungan istimewa.

Selain itu, hantaran tersebut disertakan dengan kapsyen ringkas dan emoji hati berwarna merah.

@aisharett

Hehe???? #fyp

? JARAK – Aisha Retno & Aziz Harun

Peminat kecewa…

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan peminat Aziz Harun meluahkan rasa kecewa melihat kebahagian ‘crush’ mereka.

Walau bagaimanapun, ada juga segelintir member sokongan kepada kedua penyanyi berbakat itu jika benar mereka menjalinan hubungan istimewa.

Terdahulu, Aisha Retno menyatakan bahawa dirinya selesa berkawan dengan Aziz Harun kerana mereka banyak berbincang tentang muzik yang merapatkan hubungan mereka sebagai rakan kerja.

Sumber: TikTok @aisharetno

SKIP THIS AD ×