Pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah memaklumkan bayi dalam kandungannya berada dalam keadaan baik.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mahkamah Sahkah Syarikat 100% Milik Aisyah Hijanah, Alif Teega Tergelak Ditanya Isteri Kedua Dapat Harta Apa
Artikel Berkaitan: Alif Teega Hadiahkan Cincin Sempena Ulang Tahun Kelahiran Aisyah Hijanah, Netizen Respon – ‘Setia Lebih Mahal’
Anak perempuan
Ketika ditemui OhBulan, Aisyah atau nama lengkapnya Aisyah Hijanah Azhari, 29, berkata bayi yang bakal dilahirkan pada bulan hadapan itu menunjukkan perkembangan yang sihat.
Kandungan anak ketiga ini, insya-Allah saya akan bersalin pada bulan hadapan (Mac).
Pada awal kehamilan memang bayi dalam kandungan saya ini sedikit perlahan pergerakannya. Tetapi sekarang semakin baik, alhamdulillah.
Saya dan Alif memberikan kerjasama yang baik menjaga kandungan ini.
Aisyah berkata demikian ketika ditemui selepas selesai prosedur harta sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, pada Isnin.
Sementara itu, ketika disoal mengenai jantina anak ketiganya, Aisyah memaklumkan dia bakal melahirkan bayi perempuan.
Insya-Allah anak perempuan.
Terdahulu, Aisyah meluahkan rasa syukur apabila proses pembahagian harta sepencarian bersama suami, Alif Teega selesai dibicarakan.
Menurutnya, syarikat Hijanah yang diusahakan bersama suami kini sepenuhnya menjadi miliknya.
Sebelum ini, kisah rumah tangga Aisyah dan suami, Alif Teega menjadi sorotan selepas lelaki itu mengumumkan sudah bernikah seorang lagi.
Video
@ohbulanofficial Replying to @yusnita Alhamdulillah baby girl ??#ohbulan #fyp #news #aliffteega #aisyahhijanah ? original sound – OHBULAN!