Anda ingat tak lagi pada lagu ‘Bisikan Asmara’ nyanyian Ajai? Dek kerana sibuk menerbitkan album artis lain, rupa-rupanya sudah hampir 10 tahun Ajai tidak muncul dengan lagu solonya. Pantas sungguh masa berlalu bukan?
Namun untuk tahun 2014, komposer itu berazam untuk muncul semula di persada seni dengan material baru yang digelar sebagai M-Pop.
Artikel Berkaitan: Aduh, Ajai Kembali Menyanyi!
Nampaknya, tidak sia-sia kajian selama 4 tahun yang dilakukannya khusus untuk memahami kehendak muzik pasaran tempatan kerana video klip rasmi ‘Aduh’ telah menerima lebih daripada 170 ribu tontonan setakat ini.
Dikatakan mirip dengan lagu dari tanah seberang , ‘Aduh’ yang acapkali diputarkan di corong-corong radio itu nyata memberi idea segar dalam penghasilan muzik tempatan.
Namun, video klip hasil daripada ‘Wake The Baby Sdn Bhd’ dan ‘Creative Stew’ ini dilihat kurang menarik dan mempunyai jalan cerita yang agak longgar.
Menggunakan khidmat selebriti ‘Projek Metro’, Adrina, mungkin Ajai mahu penonton lebih memberi fokus kepada kekuatan lirik yang ingin disampaikan berbanding video klip.
Untuk makluman, lagu ini akan dimuatkan dalam kompilasi istimewa iaitu ‘Republik Ajai’ yang menampilkan 49 buah lagu hits ciptaannya sejak tahun 80an hingga sekarang. Kompilasi ini dijangka akan mula berada di pasaran pada Mac depan.
Sebelum itu, apa kata kita tinjau sikit MV Aduh ini!