Pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro membantu rakan seindustri iaitu Ebby Yus yang kini sedang berdepan dengan masalah kesihatan.
Artikel Berkaitan: Buah Pinggang Ebby Yus Rosak, Perlu RM5k Sebulan Untuk Sewa Mesin Dialisis – ‘Tak Ada Jalan Lain Melainkan Ada Penderma’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ajak Dedah Pernah Memberontak Kerana Dimarahi Bapa – ‘Disebabkan Nak Tunjuk Dekat Ayah, Aku Sanggup Lawan’
Hadiahkan untuk Ebby
@ajakshiro_ Kita kidnapped kejap dia. Berjaya Ajak bawak Abg Abby pergi jenjalan. Alhamdulillah semakin sihat..Tengoklah cara dia bercerita..Bunyi macam bapak2 kan? Sebab tu korang jangan kenal dia, nanti korang sayang..? Dia ingat dia je boleh buat suprise kat Ajak masa dia datang makan kat kedai hari tu. Kali ni Ajak pulak buat suprise kat dia.. Insyallah Bang, banyak sama kita kongsi, sikit sama kita rasa.. . Atas sokongan korang semua, cawangan Bumbu Babah Abg Ebby Yus akan dibuka di Central Market.. Insyallah opening minggu depan.. . Yang banyak dm Ajak tanya mana nak jumpa Abg Ebby Yus. Cari dia kat Central Market .Kita ramai-ramai support dia kt sana ye… . Ni la partner baru Ajak..Kamu suka tak? Doakan ye.. . @bumbubabah_hq . #mybuddy
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Ajak menziarahi Ebby di kediamannya sebelum membawanya ke Pasar Seni, Kuala Lumpur.
Ajak atau nama lengkapnya Mohd Hanafi Razak berbesar hati untuk menghadiahkan cawangan terbaharu restorannya di lokasi tersebut kepada aktor berusia 59 tahun itu.
Saya sebenarnya ada hajat bawa abang ke sini. Kedai ni okay tak?
Saya rancang untuk hadiahkan Bumbu Babah (restoran) cawangan di sini untuk abang.
Ebby Yus tersenyum
Pemilik nama Muhammad Yunus Abdul Rashid itu kemudian dilihat tersenyum selepas mendengar berita gembira tersebut dan berterima kasih kepada Ajak.
Aku tiada daya dan upaya, ini semua urusan Allah SWT. Allah gerakan kau dan inilah yang orang kata diangkat oleh Allah.
Allahu Akbar, semoga Allah sahaja yang dapat membalas dan semoga rezeki yang diturunkan Allah untuk kita berkongsi.
Terima kasih banyak, aku pun tak sangka dapat sarung baju ini, dah siap nama rupanya.
Pelakon sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK) itu turut menandatangani kontrak yang disediakan oleh Ajak.
Untuk info, Ebby mengalami masalah buah pinggang dan jantung serta telah menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) Oktober lalu.
Ebby juga menjalani pembedahan kecil pada bahagian perut bagi memasukkan tiub untuk memulakan rawatan dialisis di rumah.
Sumber: TikTok Ajak Shiro