Pelawak dan penyampai radio, Ajak menceritakan tentang kata-kata yang pernah diungkapkan oleh bapanya sehingga memberi kesan dalam kehidupan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shuk Sahar Pernah Bertegang Urat Dengan Ajak Shiro – ‘Takkan Pasal Benda Bodoh Kau Nak Bergaduh Dengan Aku?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Berdekah Gelak Dengar Respons Nada Soffea Apabila Ajak Minta Pendapat Nak Kahwin Lain
Teguran seorang bapa
Menerusi temu bual bersama Inspirasi UnifiTV, Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak berkata, masih tersimpan di memorinya sehingga kini peristiwa dia dimarahi bapanya ketika remaja dahulu.
Masa sekolah aku ni nakal dan bapa aku marah aku. Dia kata, ‘kau dah besar kau jadi tukang kutip sampah’.
Aku ingat lagi malam tu, dia jerit dekat aku dengan jari dia tunjuk dekat aku. Aku bercakap dalam hati, ‘aku nak tunjuk yang aku bukan tukang kutip sampah’.
Kita ni budak muda, jiwa memberontak.
Susulan itu, penyampai radio berusia 38 tahun tersebut nekad untuk mengubah persepsi bapanya dengan menyertai tentera laut.
Habis sahaja Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), petang tu aku keluar dari rumah. Ada je kerja yang dekat dengan daerah aku tapi aku nak keluar juga. Nak tunjuk dekat ayah aku, aku ni bukan orang yang macam dia cakap.
Bukanlah kata orang yang kutip sampah ni tak bagus, tapi dia nak melabelkan aku begitu. Maksudnya aku ini tak suka belajar.
Waktu tu terbaca dekat surat khabar, jawatan kosong pengambilan tentera laut. Memang aku ada terfikir benda itu (kena terjun laut) tapi disebabkan nak tunjuk dekat ayah, aku sanggup lawan dan aku pun pergi. Aku lepas.
Bagaimanapun, Ajak berasa terharu apabila mengetahui bahawa bapanya sangat berbangga dengan keputusan yang diambil.
Masa enam bulan tu tak ada telefon, tiba-tiba masa bulan keempat sampai satu surat daripada keluarga. Pukul 11 malam aku buka surat ayah aku.
Dia kata, ‘abah bangga dengan angah, walaupun angah melawan abah tapi angah tengok angah ada dekat mana sekarang.’
Pelakon filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang! tersebut kemudian mula menyedari bahawa tindakan bapanya itu adalah untuk memberi pengajaran agar dia menjadi insan yang berguna.
Waktu tu aku pandang keliling, aku dalam kem tentera..aku tengah rekrut nak jadi tentera. Kalau tak, entah jadi apalah aku dekat kampung tu.
Secara tak langsung, aku ingat aku berjaya lawan ayah aku rupanya itulah cara lelaki mendidik walaupun kasar.
Terima kasih kepada ayah aku. Rupanya itulah cara permainan dia dan aku termasuk dalam ‘game’ dia.
@inspirasiunifitv Didikan seorang ayah tu kadang kadang memang kasar, tapi didikan seperti itu lah yang membentuk dan menjadikan kita sebagai seorang manusia yang berguna. Saksikan full video #SembangSelebriti bersama @ajakshiro di youtube Inspirasi >>> https://youtu.be/FohvAtDkGLI?si=6QQxaXVUJsRao5Yn #InspirasiUnifiTv @Ajak Shiro @Deen
Sumber: TikTok Inspirasi UnifiTV