Baru-baru ini, pelawak dan penyampai radio Ajak Shiro telah menyambut hari kelahirannya yang ke-39.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ajak Buka Restoran Kedua, Hadiahkan Cawangan Baru Kepada Ebby Yus – ‘Saya Ada Hajat Bawa Abang Ke Sini’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ajak Dedah Pernah Memberontak Kerana Dimarahi Bapa – ‘Disebabkan Nak Tunjuk Dekat Ayah, Aku Sanggup Lawan’
Kejutan hari lahir
@ajakshiro_ Dari dulu Babah sibuk kerja untuk buatkan kamu semua bahagia.. Sampaikan Babah tak perasan, anak-anak Babah dah besar. Rupanya anak-anak Babah juga kerja keras untuk buat Babah bahagia. . Berbeza ulangtahun Babah, kali ni. Bukan pada hadiahnya, Bukan pada keknya, Tapi, pada sambutannya. . Nada dengan hadiah mag nya sebab dia tau Babah suka suruh dia ambil air? . Had dengan hadiah card holdernya sebab dia selalu jaga barang Babah. . Dan, Jad dengan usaha dan kejujuran yang selalu buat Babah tersentuh. . Terima kasih anak-anak Babah. Babah sayang kamu semua. Babah bahagia dengan keluarga sederhana Babah ni? #bumbubabah #anaksoleh #anaksolehah #babah #birthday
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Ajak atau nama lengkapnya Mohd Hanafi Razak menerima kejutan daripada keluarga.
Paling menyentuh perasaan adalah apabila cahaya mata sulungnya iaitu Jad Thaqif tidak dapat memberi sebarang hadiah kerana wangnya tidak mencukupi.
Jawapan Jad buatkan babah terharu, patutlah semalam saya nampak Jad kerja sungguh-sungguh.
Babah perhati dari jauh nampak kesungguhan Jad, sampai babah panggil dan peluk Jad sebab rajin sangat semalam. Rupanya sebab Jad nak kumpul duit beli hadiah babah.
Meskipun hasrat tidak sesampaian, namun Jad tetap berusaha membahagiakan Ajak dengan meminta staf restoran mereka untuk menyanyikan lagu hari lahir kepadanya.
Duit tak penting untuk babah, tapi Jad, Had dan Nada segalanya dalam hidup babah. Terima kasih jadi abang yang baik untuk Had dan Nada.
Terima kasih jadi anak yang hebat untuk babah dan ibu.
Hargai keluarga
Dalam masa yang sama, selebriti berasal dari Johor itu sangat menghargai kejutan tersebut yang dilakukan mereka demi menggembirakannya.
Dari dulu babah sibuk kerja untuk buatkan kamu semua bahagia. Sampaikan babah tak perasan, anak-anak dah besar. Rupanya anak-anak juga kerja keras untuk buat babah bahagia.
Berbeza ulang tahun babah, kali ni. Bukan pada hadiahnya, bukan pada keknya tapi pada sambutannya.
Terima kasih anak-anak babah. Babah sayang kamu semua, babah bahagia dengan keluarga sederhana ini.
Sumber: TikTok Ajak Shiro