berita

[VIDEO] Tangan Kanan Noorkhiriah Cedera Di Set Penggambaran Akibat Kemalangan Motosikal

January 24th, 2023 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Di Instagram, pelakon, Noorkhiriah memberitahu dia mengalami kecederaan ringan pada tangan kanannya akibat kemalangan motosikal ketika menjayakan sebuah penggambaran drama.

Tak patah cuma tisu koyak

Berdasarkan rakaman video yang dikongsikan, kemalangan itu berlaku tanpa diduga. Noorkhiriah berkemungkinan hilang kawalan terhadap motosikal terbabit yang bergerak laju lalu melanggar sebuah kereta yang diparkir di tepi lorong jalan.

Assalamualaikum. Alhamdulilah kakak okay. Cuma tangan berbalut dan lebam manja. Tak patah cuma tisu koyak. Apa yang terjadi adalah atas kesalahan akak sendiri bukan produksi. Jangan salahkan mereka. Mereka dah jalankan tanggungjawab sebaik mungkin. Allah dah jentik atas kedegilan akak. Apapun akak tak mengeluh sebab masih punya nyawa. Itu paling penting.

Menurut Noorkhiriah, semua orang di set penggambaran sangat prihatin dan memintanya untuk berjumpa dengan doktor selepas kejadian itu berlaku.

Nak pengsan sebenarnya sebab terkejut. Akak tal tahu nak cakap macam mana. Apapun terima kasih yang mendoakan dan yang gelak dulu baru doa pun akak okay. Sebab kelakarkan. Nyatanya akak boleh bawa motor.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17)

Sumber: Noorkhiriah

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×