Usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridzuan Ridzokumura berkongsi momen bersahur bersama anak lelakinya, Sky selepas kehilangan isteri tercinta, Akiko Okumura.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dia Macam Dalam Dunia Sendiri, Muka Nampak Letih’ – Tular ‘Live’ Terakhir Akiko Okumura, Luah Hasrat Bertemu Tun Mahathir & Isteri
Artikel Berkaitan: Isteri Usahawan Ridzuan Ridzokumura Meninggal Dunia – ‘Akiko Telah Pergi Tinggalkan Saya & Anak’
‘Segala kerja rumah dia buat’
@ohbulanofficial Hari pertama sahur tanpa Akiko ? Salam takziah #ohbulan #fyp #news #sky #ridzokumura #akiko #dah #jaga #cukup #baik ? original sound – OHBULAN!
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok pada pagi Ahad, pemilik nama Abdul Ridzuan Abdul Mutalib, 50, berkata, dia dan anak lelaki, Sky Taizo Okumura memilih untuk bersahur di rumah anak saudaranya iaitu pelakon Zarina Zainuddin, kerana masih belum bersedia untuk pulang ke rumah.
Dalam perkongsian tersebut, Ridzuan meluahkan bahawa perasaan kehilangan isterinya yang dikenali dengan nama Islamnya Aishah binti Abdullah, masih terlalu mendalam.
Saya tak boleh nak berkata ap-apa, sebab kalau cakap saya akan sedih, air mat ni berderai.
Ridzuan turut menyifatkan Allahyarham Akiko seorang isteri yang sangat baik dan bertanggungjawab. Malah telah menjaga dirinya dan Sky dengan penuh kasih sayang.
Mak Sky (Akiko) dia dah jaga saya dan Sky dengan terlalu baik. Tak ada orang yang boleh buat macam tu. Segala kerja semua rumah dia buat, dia tak bercampur dengan orang.
Dalam kesempatan itu, Ridzuan turut memohon doa daripada semua agar Allahyarham isterinya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Saya nak minta korang doakan arwah ditempatkan dalam kalangan kalangan orang beriman dan supaya dia masuk syurga.
Pada Jumaat Ridzuan memaklumkan isterinya meninggal dunia namun punca kematiannya tidak didedahkan.
Untuk rekod, Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan Akiko yang juga merupakan seorang wanita asal Jepun pada Februari 2009.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Sky Taizo Okumura yang kini berusia 13 tahun.
Sumber: TikTok Ridzuan Ridzokumura