berita

Transkip Akademik Tidak Disekat, Sijil Ijazah Tidak Ditarik Balik – UM

October 19th, 2019 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Tindakan seorang pelajar mengangkat sekeping plakad bertulis ‘Undur VC’ dan ‘Tolak Rasis’ telah mendapat kecaman orang ramai kerana dianggap tidak menghormati istiadat konvokesyen. Malah, tindakannya itu dikritik biadap dan mengganggu hari konvokesyen yang sepatutnya dirai penuh bahagia.

Sehubungan dengan itu, petisyen mendesak sijil ijazah graduan terbabit telah diwujudkan dan mendapat lebih 80k tandatangan. Universiti Malaya (UM) walaubagaimanapun tidak menahan atau menarik sijil dan Wong Yan Ke boleh mengambil transkrip bila-bila masa bermula 18 Oktober.

UM hormat hak & prinsip bersuara

Pengerusi Lembaga Pengarah UM, Tengku Datuk Dr. Mohd Azzman Shariffadeen Tengku Ibrahim menerusi kenyataan media hari ini menghormati hak dan prinsip kebebasan bersuara setiap individu. Menurutnya setiap orang diberi ruang unutk menyuarakan pendapat masing-masing.

Perbuatan tidak hormat & mencemarkan majlis

Walaubagaimanapun, tindakan graduan jurusan kejuruteraaan itu dilihat tidak menghormati istiadat dan mencemarkan majlis yang sepatutnya dirai penuh kesyukuran. Lembaga Pengarah Universiti amat kesal dengan peristiwa tersebut dan memohon maaf kepada tetamu, ibu bapa dan pelajar yang terkesan pada hari kejadian.

Beliau menegaskan juga transkrip akademik graduan berkenaan tidak akan disekat dan ditarik balik. Oleh itu, graduan boleh mengambil transkrip bila-bila masa bermula 18 Oktober.

Sumber : Universiti Malaya

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×