Pemergian Allahyarham Nur Surya Ismail telah mendapat simpati daripada orang ramai termasuklah pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew. Ustaz Ebit menerusi akaun Facebook sempat berkongsi momen-momen sedih ketika menziarahi rumah keluarga Allahyarham yang terletak di Terengganu.
Deraian air mata seorang bapa
Sayu pilu sangat rasa hati perginya adik Siti Nur Surya. Sampai jer rumah mereka. Ayahnya terus datang peluk saya menangis. Terharu ustaz hadir ke sini. Saya pun tak tahan rasa sedih. Ya Allah. Saya tak dapat lupa ustaz. Air mata asyik mengalir jer cerita tentang arwah. Arwah anak baik. Beliau selepas SPM sentiasa jaga maknya yang sakit kanser. Boleh urus seorang diri dibantu adik perempuannya tingkatan 3. Sanggup korban belajar sebab nak jaga mak dekat rumah. Mandikan dan uruskan mak nya sentiasa.
Menerusi perkongsian yang dimuatnaik, kelihatan suasana hiba dan pilu menyelubungi kediaman keluarga Allahyarham. Menurut Ustaz Ebit, kedatangannya itu disambut oleh si bapa Allahyarham dengan satu pelukan dan linangan air mata. Memang tidak dapat dinafikan, Allahyarham seorang anak yang sangat baik dan bertanggungjawab sehinggakan dia sanggup mengorbankan pelajarannya demi menjaga ibu yang terlantar sakit.
Jika dilihat daripada gambar yang dikongsikan, kelihatan Ustaz Ebit kadang kala cuba menenangkan kesedihan yang menyelubungi hati si bapa. Seakan cuba memberi kata-kata semangat dan kekuatan buat keluarga Allahyarham.
Beri sedikit sumbangan
Maknya kenal saya. Katanya selalu tengok saya walau dalam keadaan tak sihat. Beratnya ujian mereka. Tadi berkongsi kisah Nabi Yakob as kehilangan Nabi Yusuf as. Kisah ujian Nabi saw yang kita cintai. Dapat berdoa bersama semua ahli keluarga. Saya beri sedikit sumbangan. Semoga Allah beri kekuatan buat seluruh ahli keluarga – ebitlew
Selain menziarahi keluarga Allahyarham, Ustaz Ebit turut memberikan sedikit sumbangan buat mereka. Dalam pada itu, Ustaz Ebit turut mendoakan agar keluarga Allahyarham diberi kekuatan dan ketabahan dalam menempuhi ujian hidup dari Allah SWT.
Sedihnya..
Semoga diberi kekuatan
Sumber: Ustaz Ebit Lew