Baru-baru ini viral apabila Datuk Aaron Aziz kononnya ‘kantoi’ panggil sayang di ruangan komen Instagram seorang wanita. Namun sebenarnya wanita yang dimaksudkan adalah pelakon Bollywood terkenal, Preity Zinta.
Terbaru, pelakon KL Gangster itu berang apabila sebuah portal memuat naik artikel mengenai isu ini dengan tajuk keterlaluan dan boleh mengundang fitnah. Malik sudah marah, ada berani?
Abang balik lewat, jangan rindu
Dalam satu foto yang dikongsikan pelakon Bollywood itu, Aaron Aziz sempat meninggalkan komen memanggil pelakon tersebut dengan panggilan sayang. Malah dia turut sempat bergurau memberitahu pelakon itu dia rindu dalam bahasa Melayu. Komen yang ditinggalkan bapa kepada tiga orang anak itu kemudian disedari netizen sebelum memaklumkan hal tersebut kepada Diyana.Walau bagaimanapun, menurut isterinya, Diyana, dia mengakui suaminya itu memang peminat tegar aktres berkenaan.
Tajuk mengundang
Aku bagi warning! Delete cerita bodoh tu sebelum korang aku bodohkan!
Gurauan mereka suami isteri menarik perhatian ramai netizen termasuk beberapa portal turut membuat artikel mengenai kes ini. Namun lain pula jadinya apabila satu portal menulis artikel dengan tajuk yang menimbulkan salah faham. Mereka mendakwa Aaron Azizi kantoi berasmara dengan perempuan lain sehingga menyebabkan pelakon tersebut berang. Yelah siapa tak marah tulis tajuk menfitnah macam ini kan?
Walau bagaimanapun, portal tersebut sudah memadam artikel berkenaan dan Aaron Aziz sendiri sudah menerima maaf mereka. Dia turut sempat menasihati agar pihak-pihak portal atau blog tidak membuat artikel sebegini di masa akan datang kerana perkara ini boleh menjatuhkan reputasi mereka.
Jangan ikut tittle bodoh
Aku bagi korang muka, korang bagi aku muka. Itu cara yang betul. Sui sama lu, lu sui sama gua. Lain kali jangan nak buat blog blog bodoh, tajuk-tajuk bodoh yang mendatangkan fitnah dengan cara yang salah.
Mengaibkan orang, menfitnah orang buat apa? Kalau nak buat sesuatu, mulakan dengan niat yang baik. Jangan ikut-ikut tittle yang bodoh-bodoh itu. Learn a lesson.
Dia turut berterima kasih kepada portal tersebut kerana memadam artikel berkenaan. Akhir kata, dia berharap agar semua portal boleh ambil pengajaran dalam hal ini.
Sumber : Aaron Aziz