berita

[VIDEO] ‘Aku Tak Sanggup Nak Tengok Mak Ayah Aku Jadi Macam Ni..’

February 16th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Setiap manusia yang bergelar hamba Allah tidak akan terlepas daripada sebarang ujian. Ujian datang dalam pelbagai bentuk termasuklah dari segi kesihatan, kesempitan hidup dan sebagainya. Kadangkala, mereka yang sudah berusia juga terpaksa membanting tulang dan memerah keringat hanya untuk meneruskan kehidupan.

Terbaru, seorang wanita berkongsi kisahnya dipertemukan dengan sepasang suami isteri warga emas yang sedang berjalan sambil membawa sebungkus muatan di bahu mereka.

Tumpangkan ‘mak ayah’ balik

Berdasarkan video pendek yang dikongsikan di TikTok, Athirah Zahari memaklumkan bahawa dia telah terserempak dengan suami isteri ini di tepi jalan raya. Lebih meruntun hati apabila melihat kedua-dua mereka membawa bungkusan yang berat di atas bahu. Tanpa berfikir panjang, Athirah kemudian menawarkan diri menumpangkan mereka berdua untuk pulang ke rumah.

Namun, setibanya di rumah, wanita warga emas ini seakan berat hati mahu melepaskan Athirah pulang dan memujuknya untuk bermalam di situ. Hal ini kerana, dia mengakui agak sunyi di rumah tanpa kehadiran anak-anak. Bercerita dengan lebih lanjut, Athirah mengakui dia juga berat hati untuk meninggalkan pasangan ini tetapi dia berjanji akan sentiasa melawat mereka di rumah.

Sedihnya…

@athirahzahariiHargai laa saat kau masih ada waktu ? ##makayah? rindu setengah mati by äd – äd

Tadah tangan berdoa

@athirahzahariiPart last memang laju je airmata jatuh ?? Allah Allah Aghisna – Nazwa Maulidia

‘Sayu tengok mereka..’

  

Sumber: Athirah Zahari

SKIP THIS AD ×