Tiada yang indah selain menyambut hari kelahiran bersama orang tersayang. Hari ini merupakan hari lahir bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib yang ke-65. Momen bahagia itu dikongsi bersama isteri, Datin Seri Rosmah dan juga rakan media di bangunan Parlimen. Turut kelihatan bersama ialah artis Johan As’ari dan Ellie Suriati.
Sambut birthday di Parlimen
DS @NajibRazak dirai dalam sambutan ulang tahun kelahiran ke-65 di Parlimen. Turut menemani adalah isteri, DS Rosmah @501Awani pic.twitter.com/WbBZHN4cX3
— Asyraf Hasnan AWANI @ Parlimen Malaysia (@AsyrafAWANI) July 23, 2018
Datuk Seri Najib telah dikejutkan dengan sambutan hari lahir yang ke-65 di bangunan Parlimen. Sambutan yang dibuat oleh isterinya, Datin Seri Rosmah turut diraikan oleh rakan media dan beberapa ahli parlimen pembangkang yang lain. Paling mendapat perhatian adalah apabila Rosmah menyuapkan kek ke mulut Najib.
Turut mencuri tumpuan media apabila DS Rosmah menyuap kek kepada DS @NajibRazak pic.twitter.com/KLdq2LjRWK
— Asyraf Hasnan AWANI @ Parlimen Malaysia (@AsyrafAWANI) July 23, 2018
Di akhir sambutan hari lahir suaminya itu, Rosmah memberi sedikit ucapan dan berdoa agar Najib diberi kesihatan yang baik serta akui setiap ahli keluarga menyayanginya.
Saya ucapakan semoga beliau sentiasa berjaya dan sihat termasuk untuk keluarga kami kerana beliau ketua keluarga kami.
Saya nak anda semua tahu yang kami sekeluarga amat menyayangi beliau selain kami tahu bahawa beliau adalah seorang yang jujur dan berada di landasan yang betul.
Sumber: Astro Awani