berita

[VIDEO] Alahai Isteri…Mengidam Sangat Nak Gigit Jari, Muka Suami ‘Pasrah’ Je Tahan Sakit

March 6th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Mengidam adalah satu pengalaman yang kebiasaannya dialami oleh kebanyakan wanita hamil. Meskipun begitu, setiap daripada mereka pasti melalui ‘pengalaman’ yang berbeza-beza. Ada yang mengidam mahu makan bermacam-macam, mengidam bau minyak tanah, bau suami dan sebagainya.

Tetapi berbeza pula dengan seorang wanita ini apabila dia dikatakan ‘mengidam’ mahu menggigit jari suaminya. Haa dengar macam pelik kan? Tapi itulah realitinya.

Mengidam gigit jari suami

Menerusi video pendek yang dikongsikan oleh Areuarel di TikTok memaparkan dirinya seakan sedang menahan sakit selepas si isteri yang sedang hamil dikatakan mempunyai keinginan untuk menggigit jarinya. Walaupun begitu, dia terpaksa akur dan melayan sahaja kehendak isteri tersayang. Lelaki ini juga mengakui jarinya juga sudah mula membengkak selain terdapat kesan gigitan.

Perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 1.2 juta tontonan. Malah, di ruangan komen juga ramai dalam kalangan suami dan isteri turut berkongsi pengalaman sama yang pernah dilalui mereka. Menurut mereka, ‘mengidam’ adalah satu perkara atau keinginan pelik kadangkala tidak terlintas dek akal kita.

Alahai isteri…

@areuarelSereceh apa nyidam istri kalian? ##fypmandiri? FOLLOW FELIX GABRIEL ON SPOTIFY – Felix Gabriel

Suruh cukur janggut juga

Sumber: Areuarel

SKIP THIS AD ×