Setelah beberapa bulan menetap bersama anak dan menantu tercinta di Malaysia, ibu kepada pelakon, Zahirah Macwilson iaitu Maslinda Yusoff akhirnya berangkat pulang ke Australia. Di Instagram, Zahirah sempat berkongsi video detik perpisahan di antara Isaac Raees dengan neneknya.
Will miss you
View this post on Instagram
Menerusi rakaman video tersebut, Maslinda kelihatan mengalirkan air mata sewaktu mendukung cucu kesayangannya itu buat kali terakhir sebelum berangkat pulang ke Australia. Bukan itu sahaja, Isaac turut menangis di akhir video sebaik sahaja neneknya itu pergi. Menurut Zahirah, anaknya sangat rapat dengan ‘omanya’. Oleh itu, Isaac pasti akan merindui ibunya selepas ini.
Selama ibu berada di rumah, dia akan selalu tengok dan jaga Isaac. Kita akan berjumpa lagi dalam masa terdekat.
Di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan netizen tersentuh melihat video perpisahan tersebut. Menurut netizen, Isaac seolah-olah faham bahawa neneknya itu menetap jauh dari kediamannya. Tambah netizen, mereka yakin Isaac terlalu sayang terhadap neneknya.
Nanti ambil telefon mummy okay!
View this post on Instagram
Sebelum ini, Zahirah pernah memuat naik video gelagat anaknya ketika ‘berlakon’ menggunakan telefon bersama ibunya. Menerusi video tersebut, Isaac seolah-olah mahu bersembang dan menceritakan sesuatu kepada neneknya. Lebih menarik, Maslinda turut memberi pesanan kepada cucunya itu agar sentiasa menghubungi dirinya tatkala sudah pulang ke Australia.
Sumber: Zahirah Macwilson