Pasangan selebriti, Janna Nick dan Dini Schatzmann memilih Koh Lipe, Thailand sebagai destinasi berbulan madu yang pertama.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Janna Nick ‘Terbangkan’ MUA Dari Thailand, Netizen Puji Naik Seri Pengantin – ‘Fresh Look & Natural’
Macam Dini
View this post on Instagram
Di Instagram (IG), Janna ada memuat naik video yang memaparkan ‘honeymoon’ bersama Dini turut disertai ‘bodyguard’ iaitu seekor anjing.
Menerusi hantaran yang dikongsikan, anjing berwarna coklat itu kelihatan menemani Janna dan Dini ke pantai dan kolam renang (swimming pool).
Selain itu, pelakon berumur 28 tahun juga menyamakan anjing itu dengan perwatakan Dini yang suka ikut ke mana saja.
Anjing haiwan yang bijak
Semestinya, perkongsian pemilik nama Nurul Jannah Muner menerima pelbagai reaksi dari wargamaya. Ada segelintir netizen yang menyifatkan Janna sengaja mengundang kontroversi sehinggakan mengundang komen negatif.
Namun, rata-rata peminat menyebelahi Janna kerana dia langsung tidak bersentuhan dengan anjing itu.
Pada 10 Jun lalu, Janna sah menjadi isteri kepada Dini dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Aisyah yang terletak di Pulau Langkawi.
Dengan sekali lafaz, Dini menyerahkan mas kahwin RM2,703 yang menjadi simbolik tarikh perkenalan mereka pada 27 Mac 2019 dan juga seutas rantai emas.
Terdahulu, Janna menimbulkan spekulasi hubungan dengan Dini sudah berakhir apabila memuat naik perkongsian video memaparkan statusnya kini ‘single’ melalui hantaran di TikTok lalu ‘membawa diri’ ke Eropah.
Manakala, Dini memberitahu dia bakal mengumumkan status hubungan dengan Janna pada waktu yang sesuai.
Sekadar info, Dini dan Janna berkenalan ketika membintangi drama Bukan Cinta Aku dan serius menjalin hubungan cinta sejak 2019.
Sumber: Instagram