berita

[VIDEO] Alasan Jalan Jammed, Pemandu Teksi Tolak Customer – Ini Sebab Kenapa Ramai Pilih Uber & GrabCar?

April 1st, 2016 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

IMG_20160401_113841

Baru-baru ini pemandu-pemandu teksi di sekitar Kuala Lumpur telah membuat bantahan tanda tidak berpuas hati terhadap Uber dan Grabcar yang dikatakan telah mengganggu periuk nasi mereka. Bantahan itu telah menyebabkan kesesakan lalu lintas di sekitar Bukit Bintang.

Kesian juga kepada pemandu teksi apabila munculnya Uber/Grabcar, yelah seperti yang kita tahu Uber/Grabcar ni lebih selesa dan cepat. Video yang dikongsi oleh lelaki ini membuktikan kenapa rakyat Malaysia lebih suka menggunakan khidmat Uber dan Grabcar.

Jalan jammed sikit, tolak customer dan mengeluh.

Sementara aku menunggu mak di depan Ampang Point, saja aku perhatikan perangai pemandu teksi. Masih tidak berubah. Terfikir aku untuk record. Ni je lah yang sempat aku rakam dalam masa hanya 15 minit aku menunggu mak disana. Ini yang dikatakan janji ingin berubah? Ini yang dikatakan Uber menutup periuk nasi kamu? Sedarlah. Lihat sendiri siapa yang menutup periuk nasi siapa. Rezeki pemandu teksi ni datang sendiri. Tapi ditolaknya. Apa salahnya bersusah sikit demi mencari rezeki? Ini tidak. Jalan jammed sikit, tolak customer dan mengeluh. Destinasi dekat, tolak customer dan mengeluh. Sampai bila? Kemudian salahkan orang lain yang mencari rezeki tanpa mengeluh. Salahkan Uber. Salahkan Grabcar. Salahkan customer yang menggunakan Uber/Grabcar. Cerminlah diri. Sikit. Sedarlah.

Posted by Izwan Izzat on 6hb Januari 2016

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Izwan Izzat ini, jelas kebanyakan pemandu teksi seolah menolak penumpang yang mahu menggunakan perkhidmatan mereka.

Malah ada dakwaaan yang menyatakan mereka menggunakan alasan jalan jammed, harga tambang pun sesuka hati letak dan jalan pun sebolehnya menggunakan jalan yang jauh untuk keuntungan.

Diharapkan ada jalan penyelesaian kepada masalah ini agar sama-sama dapat meningkat mutu servis kepada pelanggan. Barulah boleh bersaing secara sihat!

Sumber : facebook Izwan Izzat

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×