Suami kepada primadona Erra Fazira iaitu Ezwan Zain berkata bahawa sebagai seorang lelaki, dia mengharapkan seorang isteri yang mampu menjadi pendengar yang baik serta sentiasa menghormati pasangan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Isteri Minta Bawa Jumpa Erra Fazira’ – Awie Kongsi Kisah Di Sebalik Konsert ‘Sembilu’

Artikel Berkaitan: ‘Alhamdulillah, Rezeki Selepas Berumah Tangga Allah Permudahkan’ – Erra Fazira

Hormat antara satu sama lain

@kasionzchannel

Mr E mahukan isteri pendengar yang baik & menghormati. Layan episod 11 di Youtube KasiOnz, Jumaat jam 8 malam. #KasiOnz Channel dihos oleh pasangan Ezwan Zain & Erra Fazira. Real talk untuk jiwa yang tak pernah putus asa! #EzwanErra @Fazira Wan Chek @ezwanzain @Ustazah Nazirah Abu Bakar

♬ original sound – KasiOnz – KasiOnz

Menerusi sebuah podcast di TikTok, Ezwan, 45, berpendapat bahawa sifat hormat merupakan asas paling penting dalam sesebuah rumah tangga.

Tambahnya, dia percaya kebanyakan lelaki turut berkongsi pandangan yang sama, bahawa apabila wujud sikap saling menghormati antara suami dan isteri, segala urusan akan menjadi lebih mudah serta harmoni.

Saya perlukan seorang isteri yang boleh menjadi pendengar yang baik dan juga seorang yang menghormati.

Saya rasa semua lelaki rasa dengan sifat hormat itu sahaja dah boleh selesai masalah.

Kalau kita letak sifat hormat itu di hadapan, semua perkara menjadi baik.

Erra, pendengar yang baik

Dalam pada itu, Ezwan turut meluahkan rasa syukur kerana isterinya, Erra Fazira itu merupakan seorang pendengar yang baik.

Katanya lagi, walaupun ada kalanya isterinya tidak memandang wajahnya ketika dia berbicara, dia yakin wanita itu tetap setia mendengar setiap butir kata yang diluahkan.

Alhamdulillah, isteri saya menjadi pendengar yang baik.

Walaupun kadang-kadang dia tak tengok muka saya, tapi saya tahu dia dengar apa yang saya cakap.

Sumber: TikTok Kasi Onz