berita

[VIDEO] ‘Alhamdulillah Saya Sihat’ – Fasha Sandha Tepis Dakwaan Netizen Kurus Sebab Sakit

June 28th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Pelakon jelita, Fasha Sandha tampil membalas dakwaan warganet yang mengatakan dia sedang sakit kerana penampilannya yang kurus.

Artikel Berkaitan: Fasha Sandha & Nora Danish Bergambar Satu ‘Frame’ Di Rumah Jejai, Bersatu Demi Anak-Anak

Artikel Berkaitan: Aksi Mesra Fasha Sandha & Nora Danish Curi Tumpuan, Jejai Puji ‘Steady’ Dekat Bekas Isteri

Artikel Berkaitan: Fasha Sandha Terkilan Dituduh Kurus Sebab Potong Usus, Minta Tampilkan Bukti – ‘Research Dulu Sebelum Buat Andaian’

Tak sakit

Menerusi hantaran di TikTok, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan membalas komen yang ditinggalkan oleh seorang individu di videonya sebelum ini.

Kenapa kurus sangat? Nampak macam sakit pulak.

Pelakon berusia 39 tahun itu menjelaskan dia berada dalam keadaan sihat dan tidak menghadapi sebarang masalah kesihatan. Aktres tersebut berkata demikian di kapsyen video yang memaparkan dia sedang menikmati salad.

Tak sakit pun. Tapi hati agak sakit bila hari-hari orang asyik kata saya sakit. Alhamdulillah saya sihat.

‘Macam anak dara’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kecantikan pelakon drama Rampas Cintaku itu, malah ada juga yang berkata Fasha persis anak dara. Dalam pada itu, mereka juga menasihatinya agar tidak mempedulikan kritikan negatif.

@nurfashasandha

Replying to @awemirza Tak sakit punnnn. Tapi hati agak sakit bila hari2 orang dok kata kami sakit .. alhamdulillah kami sihatt

? Ojo Dibandingke Steve Wuaten Remix 2022 – steveee

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×