berita

[VIDEO] Ali Puteh Jual Baju Tidur Kanak-Kanak, Tadah Tangan Syukur Netizen ‘Support’ Beli

March 31st, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Memandangkan sudah enam bulan tidak beraksi sebagai anak seni, pelawak Ali Puteh memilih untuk berniaga sebagai usaha menjana pendapatan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ali Puteh Janji Bayar Hutang RM60,000 Sebelum Aidilfitri

Artikel Berkaitan: Ali Puteh Cari Rezeki Dengan Berniaga, Kesal Kerjaya Seni Terjejas – ‘Saya Bukan Penjenayah Digari ..’

Jual baju tidur

@ohbulanofficial Pelawak Ali Puteh memilih untuk berniaga sebagai usaha menjana pendapatan ? #ohbulan #sembangentertainment #aliputeh #keniaga #baju #kanakkanak #jana #pendapatan ? original sound – OHBULAN!

Menerusi laman TikTok, Ali dilihat menjual pakaian tidur kanak-kanak. Antara pilihan kartun yang dijual adalah Baby Shark, Captain America, Hello Kitty, Doraemon, Squid Game, BoBoiBoy, The Avengers, Spiderman, Upin Ipin dan Batman.

Kata Ali, 34, harga yang dijual adalah RM28 untuk tiga pasang baju.

Jangan salah sangka. Kalau orang lain nak cakap saya jual mahal, terpulang. Saya tak jual sepasang tetapi sekali tiga set.

Pemilik nama Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan juga beberapa kali menadah tangan apabila orang ramai membeli hasil jualannya.

Alhamdulillah ada yang order lagi. Ya Allah semoga murah rezeki awak. Terima kasih banyak.

Di ruangan komen, warganet meminta adik kepada Allahyarham Abam Bocey untuk mempedulikan kata-kata daripada individu yang ‘berhati hitam.’

Selain itu, pengikut turut mendoakan agar Ali dan keluarga terus dimurahkan rezeki.

Sebelum ini, Ali berjanji akan menyelesaikan bayaran RM60,000 kepada balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali sebelum Aidilfitri ini.

Kemelut antara Siti Nor Hidayah dan keluarga Ali Puteh bermula selepas kematian Abam Bocey atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.

Pada Mei 2020, Siti Nor Hidayah menyaman Ali Puteh, berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu menerusi akaun IG antara lain menggambarkan wanita itu seorang isteri yang tamak dengan harta pusaka suaminya.

Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya juga menfailkan saman terhadap Aliff Syukri dan Siti Nor Hidayah atas dakwaan berkonspirasi. Temu bual itu didakwa telah menjatuhkan maruah, mengaibkan dan memfitnah Ali Puteh sekeluarga.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×