Pelakon, Alif Hadi mengesahkan dirinya sudah pun berpisah dengan aktres jelita, Yasmin Hani sejak Ogos lalu.
Artikel Berkaitan: Tak Serik Untuk Kembali Bergelar Isteri, Yasmin Hani & Alif Hadi Sedang Berkenalan – ‘Saya Hanya Mahu Berasa Gembira ..’
Artikel Berkaitan: Alif Hadi Kunci Mulut Hubungan Dengan Bekas Suami Yasmin Hani – ‘Nanti Jadi Spill The Tea Satu Malaysia Pulak’
Alif Hadi, Yasmin putus cinta
@ohbulanofficial Doakan yang baik-baik ??#ohbulan #fyp #news #alifhadi #single #3tahun #breakup #yasminhani ? original sound – OHBULAN!
Ketika ditemui OhBulan! Alif atau nama lengkapnya Muhammad Alif Abdul Hadi memilih untuk tidak berkongsi secara terperinci mengenai punca perpisahan mereka. Sebaliknya, menganggap dia dan Yasmin tidak berjodoh.
Saya sudah kembali solo sejak dua bulan lalu iaitu sekitar Ogos. Kalau boleh memang tak mahu kongsi mengenai hal putus cinta ini kepada umum sebab perkara ini bukan hal yang elok untuk diuar-uarkan.
Tapi kalau sudah tiba waktunya orang tahu, akan tetap diketahui juga.
Dalam pada itu, pelakon berusia 36 tahun menjelaskan bahawa perpisahan yang berlaku merupakan keputusan bersama dan sehingga kini, hubungannya bersama Yasmin masih baik.
Saya kalau boleh tak nak letakkan kesalahan pada mana-mana pihak lagipun, perpisahan ini keputusan bersama.
Kami masih berhubung dan kadang-kadang anak-anaknya ada ‘video call’ saya sebab rindu.
Mereka kata nak jumpa, selepas ABPH ini, mungkin akan cari masa untuk berjumpa mereka. Hubungan saya dengan Yasmin pun masih baik, tidak bergaduh pun.
Kalau tiada jodoh sekali pun, buat apa nak bermasam muka atau bermusuh sebab industri ini sangat kecil.
Alif berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36 bertempat di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Jumaat.
‘Saya tak mahu buang masa dan perlu move on’
Ketika ditanya mengenai perasaannya, pelakon filem ‘Bulan Dan Pria Terhebat’ mengakui berasa sedih dengan perpisahan yang berlaku memandangkan sudah bersama Yasmin selama tiga tahun.
Sejujurnya memang ada rasa sedih sebab kami dah bercinta selama tiga tahun, namun pada masa sama tak mahu buang masa dan perlu ‘move on’.
Tuhan Maha Perancang, satu nikmat diambil dan pasti akan diganti dengan perkara lebih manis lagi (menang anugerah).
Bagi saya, kita hanya mampu merancang dan kalau sudah terjadi. Doa yang baik-baik. Mungkin perancangan saya ini tidak sehebat aturan Tuhan, jadi berserah sahaja.
Terdahulu, Alif menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat apabila hadir seorang diri pada malam kemuncak ABPBH36 tanpa ditemani Yasmin.
Sekadar info, Alif mula menjalinkan hubungan cinta bersama Yasmin tiga tahun lalu selepas pelakon berkenaan berpisah dengan suaminya iaitu Sha’rin pada November 2021 lalu.
Untuk rekod, Yasmin mendirikan rumah tangga dengan Sha’arin yang juga pemain dram Blackrose pada 2015 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Noah Ismail Wong, 10 dan Eissa Elzander Wong kini berusia tujuh tahun.