Rata-rata ramai yang tidak mengetahui bahawa pelakon Alif Hadi pernah mendirikan rumah tangga namun bercerai dan sehingga kini masih memegang status duda.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Alif Hadi Kembali ‘Single’, Hubungan Cinta 3 Tahun Dengan Yasmin Hani Berakhir – ‘Tak Nak Buang Masa & Perlu Move On’
Artikel Berkaitan: Alif Hadi Kunci Mulut Hubungan Dengan Bekas Suami Yasmin Hani – ‘Nanti Jadi Spill The Tea Satu Malaysia Pulak’
Perkahwinan selama 7 tahun
@syoksyoksyok Alif berkata, menerusi perkahwinan yang dibina pada 2011 hanya mampu bertahan selama tujuh tahun. Menerusi episod ini, Alif juga mendedahkan bagaimana ‘layanan’ diberikan oleh pemain industri terhadap dirinya yang ada ketika menjadi pilihan pada saat akhir bagi sesebuah projek. #SYOK #syokpodcast #confessionbilikgelap #fyp #fyp? #alifhadi @al1fhad1
Menerusi Podcast Confession Bilik Gelap, Alif atau nama lengkapnya Muhammad Alif Abdul Hadi mendedahkan dia pernah melayari bahtera perkahwinan selama tujuh tahun sebelum memilih jalan perpisahan.
Menurut Alif, dia mengambil keputusan untuk berkahwin pada tahun 2011 iaitu selepas tamat pengajian di universiti.
10 tahun paling lama dalam perhubungan dan itu merupakan perkahwinan pertama. Setahun bercinta, dua tahun bertunang dan tujuh tahun perkahwinan.
Ramai orang tak tahun, saya berkahwin ketika usia 22..23 tahun. Ya, baru habis degree..masters dan terus kahwin.
Sekarang orang tahulah, saya seorang duda..yang mungkin terlajak laris.
Pemenang trofi Aktor Pembantu Filem Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-36 (ABPBH 36) itu juga mengakui dia lebih suka akan wanita yang lebih berusia daripadanya.
Dia empat tahun lebih tua daripada saya.
Tak tahu..saya suka wanita yang lebih berusia.
Dalam pada itu, pelakon berusia 36 tahun tersebut dilihat seolah-olah sangat kecewa dengan perkahwinannya yang terdahulu.
Aku bazir tujuh tahun ini, hidup untuk orang lain.
Kita kalau hilang orang tak mengapa, jangan hilang diri sendiri. Perkara itu boleh membuatkan kita..tiba-tiba jadi gila ke.
Kemudian apa lagi nak buat selepas itu..dah tak betul, simpan lama-lama.
Ketika itu saya sudah berada di dalam industri.
Terdahulu, Alif menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat apabila hadir seorang diri pada malam kemuncak ABPBH36 tanpa ditemani aktres Yasmin Hani.
Sumber: TikTok Syok