berita

[VIDEO] ‘Kali Ini Paling Mencabar Dari Segi Mental, Fizikal, Iman & Kesetiaan’ – Aisyah Hijanah Dedah Rumah Tangga Dilanda Ujian

October 29th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Personaliti media sosial iaitu Aisyah Hijanah mendedahkan rumah tangganya dengan suami, Mohd Hazalif ditimpa ujian apabila ada individu didakwa cemburu melihat kebahagiaan mereka.

Artikel Berkaitan: Aisyah Hijanah Didekati ‘Penyondol’, Berani Minta Nak Bermadu Walaupun Keluarga Menentang – ‘Kenapa Kedekut Untuk Kongsi Dengan Saya?’

Kenapa jarang post berdua?

Menurut Aisyah, sepanjang enam tahun mendirikan rumah tangga, kali inilah dia berasa sangat mencabar dari segi mental, fizikal, keimanan dan kesetiaan.

Tak ada pasangan yang nak hadap perkara ini. Tak ada pasangan yang nak hadap pendatang luar masuk ke dalam keluarga. Tetapi ia terjadi kepada kami dan saya kena kuat untuk hadap semua ini. Kalau tidak saya akan kalah. Sepanjang enam tahun ini, saya tidak benarkan sesiapa sahaja untuk datang ke dalam hati saya.

Sebab saya tahu, suami saya layak mendapat kasih sayang, perhatian dan layanan yang baik daripada saya. Saya tidak perlukan perhatian mana-mana lelaki. Sama juga buat wanita di luar sana. Kalau mereka rasa seseorang lelaki itu sudah mempunyai isteri, janganlah korang berani untuk ganggu rumah tangga lelaki tersebut dan dapatkan perhatian daripadanya.

Saya tak tahu berapa banyak air mata dan rasa sakit yang wujud. Bagi saya semuanya sakit sehinggakan berat badan saya menjadi susut.

Ujar Aisyah, ada individu mempunyai niat yang tidak baik untuk merosakkan rumah tangganya. Ketika berjumpa ustaz, mereka diberitahu bahawa Alif terkena perbuatan ain ‘hasad dengki’.

Ustaz ada yang kata nampak sesuatu pada Alif dan ada niat seseorang untuk merosakkan rumah tangga. Ada yang nampak macam-macam lagi, ada juga yang tak nampak apa-apa. Bagi saya, saya tidak tahu kerana tidak nampak melalui mata kasar. Alhamdulillah lepas balik, dah bincang dan buat apa ustaz suruh, saya nampak perubahan dekat dia. Tetapi saya pula yang sakit selama dua minggu.

Kali kedua saya bawa dia jumpa ustaz dan usaha saya tidak terhenti di situ. Kami ke Kelantan untuk berubat dan Alhamdulillah semua benda jahat itu telah hilang. Ustaz cakap ada sesuatu yang berlaku terhadap kami dan secara tidak langsung rumah tangga boleh musnah sekiranya kami tidak kuat antara satu sama lain. Saya amalkan Wirid Sakran setiap hari dan motivasikan diri agar sentiasa kuat dan percaya kepada Allah.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AISYAH HIJANAH (@aisyahhijanah)

Sumber: Aisyah Hijanah 

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×