berita

[VIDEO] Alif Teega Jaga Hati Aisyah Hijanah, Enggan Kongsi Gambar Isteri Kedua Di Media Sosial – ‘Mudaratnya Lebih Besar’

February 21st, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Alif Teega

Pempengaruh islamik, Alif Teega menyatakan dia mempunyai alasan tersendiri mengapa tidak memuat naik sebarang hantaran di media sosial mengenai isteri keduanya, Fatin Umaidah.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mesra Bersuap-Suapan & Luang Masa Di Taman, Ramai Doakan Alif Teega & Aisyah Hijanah Kekal Bahagia

Artikel Berkaitan: Impian Aisyah Hijanah Miliki Rumah Idaman Termakbul, Komen Alif Teega ‘Tahniah Kak Aisyah’ Curi Tumpuan!

Jaga hati Aisyah

alif teega

Ketika ditemui OhBulan!, Aliff berkata sekiranya dia berbuat demikian, tidak mustahil akan mendatangkan kemudaratan kepada pihak tertentu.

Malah, dia berasa risau sekiranya isteri pertama, Aisyah Hijanah akan terasa hati dengan tindakannya itu.

Ada sebab tidak memuat naik sebarang perkongsian tentang isteri kedua. Sebab saya tahu mudaratnya berbuat demikian akan lebih besar.

Banyak kemungkinan boleh terjadi kalau saya kongsikan tentang isteri kedua. Boleh jadi Aisyah pun akan terasa walaupun di luar dia nampak tenang, namun dalam hati tiada siapa yang tahu.

Alif berkata demikian ketika ditemui pada KNKV Viral Award 2024, yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, pada Selasa.

Sementara itu, disoal mengenai hubungan Aisyah dan Fatin, Aliff menjawab dia sentiasa ingin memastikan hubungan mereka dalam keadaan baik dan damai.

Saya percaya semua ini memerlukan masa, saya dengan Aisyah sentiasa berbincang dan begitu juga dengan pihak isteri kedua.

Kami sentiasa mencari peluang terbaik untuk memperbaiki hubungan ini. Tentang jodoh ini semua di tangan Allah, tidak tahu apa akan terjadi pada masa-masa akan datang. Allah tahu semua yang terbaik.

Kami juga mahukan jalan yang paling terbaik dan keputusan yang tepat untuk semua pihak.

Tambah bapa kepada dua cahaya mata itu, isteri keduanya juga selesa apabila wajahnya tidak didedahkan kepada umum.

Adil ini bukan soal sama rata, adil pada tempat yang sepatutnya. Isteri kedua juga bersetuju untuk tidak wajahnya didedahkan atau dikongsikan.

Dalam pada itu, Aisyah sekali menegaskan bahawa kisah poligami yang membabitkan rumah tangganya adalah benar dan bukan sebahagian daripada promosi pemasaran.

Sudah pasti kisah poligami suami saya bukan salah satu daripada marekting. Kalau marketing media tidak akan jumpa saya di mahkamah hari itu.

SKIP THIS AD ×