berita

[VIDEO] Mesra Bersuap-Suapan & Luang Masa Di Taman, Ramai Doakan Alif Teega & Aisyah Hijanah Kekal Bahagia

February 21st, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Perkongsian video Alif Teega di TikTok baru-baru ini telah mengundang pelbagai reaksi dan komen daripada wargamaya.

Artikel Berkaitan: Impian Aisyah Hijanah Miliki Rumah Idaman Termakbul, Komen Alif Teega ‘Tahniah Kak Aisyah’ Curi Tumpuan!

Artikel Berkaitan: Alif Teega Hadiahkan Cincin Sempena Ulang Tahun Kelahiran Aisyah Hijanah, Netizen Respon – ‘Setia Lebih Mahal’

Alif Teega, Aisyah luang masa dengan anak-anak

Menerusi video pendek tersebut, Alif Teega atau nama sebenarnya Mohd Hazalif bin Mohd Hazani berkongsi momen dirinya meluangkan masa bersama isteri tercinta, Aisyah Hijanah dan dua anaknya di sebuah taman rekreasi.

Alif dan Aisyah duduk di atas kerusi sambil di meja terhidang beberapa jenis makanan dan sesekali Aisyah dilihat menyuapkan kuih ke mulut suaminya itu, begitu juga dengan Alif. Mereka juga berborak semasa sendiri dan terlihat senyuman terukir di bibir mereka.

Tak dinafikan, rata-rata wargamaya kagum dengan Aisyah yang masih mampu menjalinkan hubungan mesra dengan Alif meskipun rumah tangga pasangan itu pernah dilanda masalah dek kehadiran orang ketiga yang kini merupakan isteri kedua suaminya.

Menjengah ke ruangan komen, ada juga segelintir individu bertanyakan dimana isteri kedua Alif, Fatin Umaidah dan bagaimana dengan perasaannya saat melihat momen tersebut.

Video

@alifteega????? original sound – bintuSijan_. – philophobia

Sumber: TikTok Alif Teega

SKIP THIS AD ×