Suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang mengundang kemarahan netizen apabila menjadikan virus Monkeypox sebagai jenaka.
Artikel berkaitan: Fatin Afeefa Umum Berhenti Berlakon & Menyanyi, Hormat Permintaan Suami – ‘To Be A Better Muslim’
Artikel berkaitan: [VIDEO] Suami Fatin Afeefa Tegur Sikap Suka Mengumpat, Pesan Dekat Para Suami Ingatkan Isteri Jangan Suka Gosip
‘Prank’ dijangkiti Monkeypox
Menerusi hantaran di TikTok, Aliff memuat naik video ‘prank’ memaklumkan dirinya dijangkiti virus tersebut.
Kepada sesiapa yang kenal saya dan berjumpa sejak dua tiga hari lepas ni saya sarankan anda semua pergi periksa sekiranya anda semua positif. Rasanya saya terkena monkeypox pertama di Malaysia.
Di dalam video berkenaan, Aliff mengenakan pelitup muka sebelum membukanya dan muncul ‘filter’ wajah monyet.
Kemudian, dia ketawa terbahak-bahak kerana merasakan perkara itu kelakar.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan Aliff yang seakan tidak sensitif dengan isu penyakit yang semakin meningkat di negara Afrika, Thailand malah Indonesia itu.
Tak kelakar. Monkeypox adalah penyakit serius yang menjejaskan nyawa orang ramai. Ia bukan sesuatu yang boleh dijadikan bahan jenaka. Sila guna otak anda!
Bro, penyakit bukan satu gurauan ya.
Malah, ada juga yang mendoakan agar Aliff benar-benar dijangkiti virus tersebut.
Moga lawak menjadi doa. Moga doa menjadi makbul. Virus bahaya bukan lawak ye. Otak tu biar berfungsi sikit.
Aku doakan kau kena betul-betul.. benda jangan buat main lah wei!
@zocketzz Buat hal la Opai atau Aliff Awang ni buat troll pasal Monkey Pox ni. Nasib baik min tak panic awal dan bukan jenis pembaris ??? Korang kena tengok sampai habis sebelum comment ?? #zocketzz #trending #viral #sembang #opai #aliffawang #fatinafeefa ? Very Sad – Enchan
Sumber: TikTok