Selepas berdepan dengan beberapa siri kontroversi, penyanyi dan pelakon Singapura iaitu Aliff Aziz akhirnya menceraikan isterinya, Bella Astillah dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan pada Khamis.
Artikel Berkaitan: Bella Astillah Terkejut Aliff Enggan Lafaz Cerai – ‘Saya Penat Sangat & Sangka Akan Selesai Hari Ini’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Mengaku Sudah Tiada Perasaan, Nak Bercerai Sebelum Ditangkap Khalwat – ‘Aliff Kata Allah Bagi Perasaan Itu’
Talak satu
Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz membacakan lafaz cerai tersebut di hadapan Hakim Syarie, Wan Mohd Najib Wan Hamat.
Sebelum cerai dilafazkan, Hakim Syarie meminta agar Aliff dan Bella untuk bersalaman kali terakhir namun, keduanya enggan berbuat demikian.
Bahawa saya menceraikan isteri saya dengan talak satu mulai hari ini.
Bella dilihat begitu tenang ketika lafaz cerai dibuat dan ibu kepada dua orang anak itu bersetuju untuk tidak menuntut mutaah dan nafkah iddah.
Bella, 30, yang baru saja pulang dari Jakarta pada pagi Khamis diwakili Peguam Syarie Azmi Mohd Rais manakala Aliff, 33, atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz diwakili Peguam Syarie Abdul Hadi Mohamad Salleh.
Sekadar info, kemelut rumah tangga Bella dan Aliff bermula apabila penyanyi asal Singapura itu ditangkap khalwat bersama aktres, Ruhainies oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah, Pavillion Suites pada 9 Mac lalu.
Bella kemudiannya membuat keputusan untuk memfailkan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada empat hari kemudian.
Walau bagaimanapun sebutan pertama kes cerai itu terpaksa ditangguh susulan ketidakhadiran Aliff yang terikat dengan penggambaran drama ‘Terjerat’.
Aliff kemudiannya enggan melafazkan cerai pada sebutan kes cerainya itu pada 4 April lalu dihadapan Hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.
Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.
Bella dan Aliff juga pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.
@ohbulanofficial Replying to @MinYu Proses cerai Aliff dan Bella berjalan dengan lancar.. #ohbulan #fyp #news #cerai #bellaastillah #aliffaziz