![[VIDEO] Aliff Syukri Minta Isteri Atur Majlis Berbuka Puasa Dengan Adik-Beradik, Bekas Bapa Tiri – ‘Kebahagiaan Itu Kita Yang Cipta & Nikmati’](https://media.ohbulan.com/2025/03/aliff-syukri.jpg)

Usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri menyorot perhatian ramai selepas dilihat menjaga hubungan baik bersama ayah tirinya dan adik-beradiknya yang lain.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Memang Suka Bercakap, Sampai Orang Gelar Aliff Syukri 2.0’ – Qadejah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bekas Suami Bonda Rozita Buka Puasa Bersama Keluarga Aliff Syukri, Netizen Puji Masih Kekal Ukhuwah – ‘Mesti Dia Seorang Ayah & Datuk Tiri Yang Baik’
Jarang berkumpul

Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff berkata disebabkan dia jarang berkumpul dengan adik-beradiknya yang lain, dia meminta bantuan isterinya, Datin Nur Shahida untuk mengaturkan majlis berbuka puasa bersama.
Kerana baginya, kebahagiaan itu perlulah dicipta dan dinikmati.
Kebahagiaan itu kita yang cipta dan nikmati. Saya percaya tiada insan yang lebih berharga melainkan keluarga kita.
Saya jarang dapat berkumpul dengan adik-beradik.
Saya beritahu isteri saya untuk tolong aturkan majlis berbuka puasa dengan adik-beradik saya.
Turut kelihatan pada majlis berbuka puasa itu adalah kakaknya Yatie Kamarzaman, adik-beradik tiri dan bapa tirinya yang dikenali sebagai Abang Haji.
Jelas Aliff, majlis tersebut membuatkannya teringat kembali pada momen mereka kecil.
Alhamdulilah teringat momen masa kecil suka dan duka. Banyak yang kami sembangkan. Hargai la setiap kenangan kerana ia tidak akan berulang kembali.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa ‘senang’ selepas melihat Aliff menjaga ukhwah bersama bersama Abang Haji meskipun telah berpisah dengan Rozita.
Komen netizen

Sumber: Instagram








![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)