Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri kesal dengan tindakan personaliti TV, Azwan Ali yang memijak beg keluaran jenamanya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Terharu Siti Nurhaliza Beli Beg – ‘Ini Satu Penghormatan Besar’

Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Enggan Dedah Harga Jam Cartier Qadejah – ‘Sejujurnya Tak Mampu Beli, Tapi Anak-Anak Adalah Kekuatan Saya’

Bukan gimmik

Ketika ditemui OhBulan!, Aliff menegaskan dia enggan ‘menyerang’ balik sebaliknya terbuka untuk bersemuka.

Jujur ini bukan gimik. Saya nak buat Malaysian Book Of Record, badan pula tak sihat dan anak-anak pun sama.

Tidak tahu nak cakap macam mana, tapi saya cuba stabilkan diri. Tengok Diva AA pijak beg, janganlah macam itu.

Kita bukan nak cari duit haram. Kalau tak suka dekat saya, bersemuka, ini cakap saya menipu, scammer tak seronoklah.

Aku boleh maki tapi kalau buat sama-sama naik saja. Aku tak maafkan, sampai mati aku cari kau.

Tambah Aliff, 38, dia tidak akan memanjangkan isu ini dengan mengambil tindakan undang-undang.

Aku tak nak saman kau sebab kau tiada duit. Dia acah-acah saja, tak suka jangan pijak saya dah la sakit.

Ini kata keturunan saya tak elok pula. Macamlah keturunan dia elok.

Meskipun tidak sihat, bapa kepada enam orang cahaya mata ini gigih turun padang berkempen bagi misi Malaysian Book Of Record kategori jualan beg terpantas yang bakal berlangsung 3 Ogos ini.

Kurang sihat

Ujar Aliff, dia terpaksa mengambil beberapa suntikan selepas keseluruhan badannya dipenuhi dengan kegatalan tompok merah.

Ada orang kata saya kena jilat jin, tapi tak tahu waktu buat siaran langsung badan saya menggeletar.

Bila berniaga macam-macam orang kata, ada orang buat. Badan saya keseluruhan ada tompok-tompok.

Tak boleh bangun tidur, isteri saya bawa pergi klinik semalam dan kena cucuk dua kali.

Di samping itu, mengulas mengenai kempen, Aliff berkongsi rezeki dengan memberi 2,000 jeruk mangga dan tudung kepada orang ramai di sekitar Masjid India, Kuala Lumpur.

Hari ini saya berkempen untuk buat jualan terpantas dalam media sosial secara ‘underground’. Saya bagi jeruk mangga dan tudung percuma kepada pengunjung yang datang.

Sekiranya impian saya itu tercapai pada Ahad ini, saya berjanji akan menyumbang sebahagian hasil jualan kepada anak-anak yatim sebagai tanda kesyukuran.